Translate

13 November 2020

Sindiket penipuan SMS: Enam lagi individu direman bagi membantu siasatan SPRM (1 Video)

               





Sindiket Penipuan SMS , SPRM Dapat Kebenaran Reman 6 Lagi Individu  

Sindiket penipuan SMS: Enam lagi individu direman

BERNAMA
13/11/2020 



PUTRAJAYA, 13 Nov -- Enam lagi individu termasuk pegawai syarikat telekomunikasi direman bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung kes rasuah membabitkan sindiket penipuan sistem pesanan ringkas (SMS), menjadikan 12 individu direman setakat ini berkaitan kes berkenaan.

Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 15 Nov, dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim terhadap lima lelaki dan seorang wanita yang berbaju jingga SPRM, selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Menurut sumber SPRM, enam individu berumur antara 34 tahun dan 49 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya antara pukul 4.45 petang semalam dan 12.30 tengah malam tadi, selepas hadir memberi keterangan.

Menurut sumber tersebut, mereka dipercayai telah memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan, yang menggunakan pelan prabayar.

“Nombor telefon yang diperoleh akan digunakan oleh sindiket penipuan penyelia kandungan dengan mengenakan bayaran langganan menerusi SMS, tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pengguna,” katanya.

Pada Selasa, tiga pengarah syarikat termasuk dua bergelar 'Datuk' direman lima hari sehingga 14 Nov berhubung kes sama, kerana disyaki memberi memberi rasuah berjumlah jutaan ringgit kepada pegawai syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan nombor telefon pelanggan, bagi tujuan penipuan berkenaan.

Kemudian seorang lagi pegawai syarikat telekomunikasi direman lima hari sehingga 15 Nov dan semalam, dua lagi individu termasuk seorang ketua pegawai teknologi sebuah syarikat telekomunikasi, direman lima hari sehingga 16 Nov.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.


FOR MORE NEWS GO TO:
Seorang "Datuk" Direman dengan 2 Individu Kerana Membayar Rasuah bagi mendapatkan nombor pelanggan syarikat telekomunikasi (2 Videos)
https://bestfbkl.blogspot.com/2020/11/seorang-datuk-direman-dengan-2-individu.html

Terima rasuah untuk Senarai Nombor Telefon Pelanggan : Pegawai Syarikat Telco Direman Lima Hari (1 Video)
https://bestfbkl.blogspot.com/2020/11/terima-rasuah-untuk-senarai-nombor.html

SMS fraud: Two More Telco Chief Officers In Remand (1 Video)
https://bestfbkl.blogspot.com/2020/11/sms-fraud-two-more-telco-officers-in.html

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed '9 remanded in Penang over escape of police detaine' 19 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Singer Yuna engaged to Adam Sinclair the brother o' 20 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'A large number of mourners gathered at the funeral' 31 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 39 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 49 mins ago
A visitor from Bagan serai viewed 'Pengurus syarikat rugi RM2.08 juta, terperdaya ski' 56 mins ago
A visitor from California viewed 'Ketua kerajaan negeri ucap Selamat Hari Raya Aidil' 56 mins ago
A visitor from Manassas viewed 'Serangan ganas Israel di Palestin antara topik per' 56 mins ago