Translate

10 November 2020

Seorang "Datuk" Direman dengan 2 Individu Kerana Membayar Rasuah bagi mendapatkan nombor pelanggan syarikat telekomunikasi (2 Videos)

              



Individu Bergelar 'Datuk' Direman SPRM  

Tiga termasuk dua bergelar Datuk direman bantu siasatan sindiket penipuan SMS

BERNAMA
10/11/2020 



PUTRAJAYA, 10 Nov -- Tiga pengarah syarikat termasuk dua bergelar Datuk direman lima hari sehingga 14 Nov (Sabtu), kerana disyaki memberi rasuah berjumlah jutaan ringgit kepada pegawai syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan nombor telefon pelanggan bagi tujuan penipuan Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketiga-tiga lelaki berumur antara 41 dan 48 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya antara pukul 9 malam hingga 11 malam, semalam selepas hadir untuk memberi keterangan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga SPRM, tiba pada pukul 10.45 di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

Perintah reman terhadap ketiga-tiga lelaki itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas SPRM membuat permohonan itu.

Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga lelaki itu merupakan pengarah bagi tiga syarikat berlainan disyaki telah membayar pegawai syarikat telekomunikasi bagi mendapatkan nombor telefon pelanggan untuk digunakan sindiket penipuan pembekal kandungan menerusi SMS dengan mengenakan bayaran langganan tanpa pengetahuan dan persetujuan pelanggan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM.


10 November 2020

Tiga individu termasuk seorang bergelar Datuk tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya pukul 10.47 pagi untuk perintah reman kerana disyaki membayar rasuah kepada pegawai syarikat telekomunikasi bagi mendapatkan nombor pelanggan yang berdaftar dengan syarikat telekomunikasi. 

Tiga individu termasuk seorang bergelar Datuk direman lima hari sehingga 14 November yang dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya. 

Ketiga-tiga lelaki itu disyaki membayar rasuah bernilai jutaan ringgit kepada pegawai-pegawai syarikat telekomunikasi bagi mendapatkan nombor talian pelanggan berdaftar tanpa persetujuan. Ia bertujuan untuk digunakan sindiket penipuan pembekal kandungan.



  Tiga Individu Direman 5 Hari Berhubung Kes Rasuah Syarikat Telekomunikasi


                 


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan lima kend' 4 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Ibrahimovic released by Manchester United - Premie' 23 mins ago
A visitor from Osaka viewed 'Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat ' 24 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed '36 gempa susulan selepas gempa bumi dahsyat landa ' 46 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 54 mins ago
A visitor from Washington viewed 'President Donald Trump Gives His First Interview w' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Identiti Tiga Mangsa Maut Dikenal Pasti | BEST FBK' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga rumah teres di Klang musnah dalam kebakaran m' 1 hr 3 mins ago