Translate

10 November 2020

Dua Kanak-Kanak Dikhuatiri Lemas Selepas Dihanyutkan Di Sungai Liawan, Keningau (1 Video)




2 beradik hilang, kenderaan hanyut

Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan di Sungai Liawan, Keningau


BERNAMA
10/11/2020 



KOTA KINABALU, 10 Nov -- Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas manakala bapanya terselamat selepas dipercayai dihanyutkan di Sungai Liawan, di Keningau kira-kira 120 kilometer dari sini, selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka dibawa arus deras, tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau Mudi Pengiran berkata dalam kejadian pada pukul 12.08 tengah malam itu, kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur empat dan enam tahun itu bersama bapa mereka dipercayai sedang menyeberangi jambatan di sungai itu untuk pulang dari Kampung Dangulad ke Kampung Ansip.

"Jambatan itu tenggelam apabila air Sungai Liawan melimpah di bahagian hulu sungai itu disebabkan hujan lebat," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Mudi berkata kenderaan yang dinaiki tiga beranak itu telah dijumpai pihak bomba tidak jauh dari lokasi kejadian pada pukul 12.30 tengah malam.

Bagaimanapun, dua kanak-kanak berkenaan tiada di dalam kenderaan itu.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat terus diaktifkan dan bersambung pukul 8 pagi tadi dengan dibantu agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud, pengu' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 41 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Pemandu kereta merah tampil' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Trafik sesak di Lebuhraya KL-Karak, pe' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu lori cedera diserang harimau kumbang di Bu' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Shereen raih emas acara 400m di Amerika Syarikat |' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pengurus syarikat rugi RM703,000 terperdaya pelabu' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 2 hrs 32 mins ago