Translate

13 November 2020

LIVE- Sidang Media PKPP | Oleh DS Ismail Sabri - Menteri Kanan Pertahanan


 

           

Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 13 Nov 2020 1.Task Force Operasi Pematuhan •2,963 Pasukan Pematuhan terdiri daripada 13,551 anggota telah melakukan 59,626 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
Sebanyak 3,713 pasar raya, 4,925 restoran, 1,444 kilang, 1,751 pasar awam/tani, 3,015 tempat ibadah serta 1,224 tempat riadah telah diperiksa.
Semalam, PDRM juga telah menahan 379 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP. 370 individu telah dikompaun manakala 9 direman.

2. Kawalan Sempadan Negara Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 27 PATI dan 1 tekong serta merampas 8 kenderaan darat Sebanyak 250 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara melibatkan: oATM – 183 SJR oPDRM – 58 SJR oAKSEM – 9 SJR

Pihak berkuasa akan meningkatkan SJR dan rondaan di kawasan perumahan sempena sambutan Deepavali yang akan disambut oleh penganut agama Hindu esok.
Bagi penduduk di kawasan yang dikenakan PKPD, mereka tidak boleh keluar dari rumah dan sambutan hanya dalam ahli keluarga sahaja manakala negeri-negeri PKPB, sambutan tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa dalam kalangan ahli keluarga.
Bagi yang menghadiri upacara sembahyang di kuil, 30 orang ditetapkan dalam satu-satu masa mengikut keluasan kuil dengan mematuhi penjarakan fizikal, upacara sembahyang dibahagikan kepada 5 sesi bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari


3. Operasi Sanitasi Awam •KPKT telah melakukan 11,373 operasi sanitasi merangkumi 137 zon. •Semalam, sebanyak 27 operasi sanitasi telah dilaksanakan di 11 buah negeri Ops Sanitasi ini melibatkan 167 anggota dan 23 jentera JBPM, 252 anggota PBT serta 12 agensi-agensi lain

4.Kuarantin Wajib Seramai 65,955 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa. Semalam, seramai 524 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib di stesen kuarantin seluruh negara

5. Penamatan PKPD Haji Baki, Kuching Sidang khas bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kg. Haji Baki, Kuching pada hari ini, iaitu lebih awal dari yang dijadualkan.

6. Pelanjutan PKPB di WP Labuan Sidang khas bersetuju untuk melanjutkan lagi PKPB WP Labuan bermula 14 November 2020 sehingga 6 Disember 2020

7. SOP Kenderaan Sidang khas membuat ketetapan untuk membenarkan 3 orang dari rumah yang sama dalam satu kenderaan selaras dengan jumlah yang dibenarkan bagi kenderaan teksi dan e-hailing berkuatkuasa hari ini











Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED