Translate

01 November 2020

PM Muhyiddin Adakan Pertemuan Dengan Pemimpin Parti Politik PN (4 Videos)

Tan Sri Muhyiddin Yassin 
             
PM bertemu pemimpin PN 

PM Muhyiddin adakan pertemuan dengan pemimpin parti politik PN
BERNAMA
01/11/2020 


KUALA LUMPUR, 1 Nov -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan dengan barisan kepimpinan parti politik Perikatan Nasional (PN) dan sekutunya.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dilihat tiba di hotel yang menjadi venue pertemuan itu di sini pada kira-kira 12.20 tengah hari tadi.

Ini diikuti beberapa pemimpin PN lain, antaranya Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC Tan Sri S. A. Vigneswaran.

Wee yang ditemui pemberita berkata mesyuarat itu adalah pertemuan biasa sebelum sidang Dewan Rakyat bermula esok.

“Biasalah sehari sebelum Parlimen bersidang kita akan bincang aturan-aturan mesyuarat (Dewan Rakyat)," katanya.

Pertemuan secara tertutup itu berlangsung dalam norma baharu dengan kesemua yang hadir termasuk petugas media mematuhi prosedur operasi standard seperti memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal.


-- BERNAMA


Mesyuarat pra-Parlimen pemimpin Perikatan Nasional



Sudah Biasa Perjumpaan Sehari Sebelum Bersidang - Wee Ka Siong  



Mesyuarat hanya bincang persediaan sidang Parlimen - Azmin  

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED