-----------------------------------------------------------------------------------
Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 1 Nov 2020
1.Task Force Operasi Pematuhan
•3,963 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 17,752 anggota telah membuat 52,552 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
•Sebanyak 3,449 pasar raya, 4,288 restoran, 1,245 penjaja, 1,947 pasar awam/tani serta 2,991 tempat ibadah dan 1,290 tempat riadah telah diperiksa.
•PDRM telah menahan 485 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Seramai 480 individu telah dikompaun dan 5 direman
•Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk:
oTidak memakai pelitup muka (162)
oPenjarakan fizikal (123)
oGagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (79)
oAktiviti pusat hiburan (25)
oPremis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (13)
oLain-lain (83)
2. Kawalan Sempadan Negara
•Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 41 PATI, serta merampas 4 kenderaan darat.
•Sebanyak 298 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara melibatkan:
oPDRM – 224 SJR
oATM – 65 SJR
oAKSEM – 9 SJR
3. Operasi Sanitasi Awam
•KPKT telah melakukan 10,979 operasi sanitasi merangkumi 137 zon.
•Semalam, sebanyak 39 operasi sanitasi meliputi 12 Zon Merah, 10 Zon Kuning dan 4 Zon Hijau di 11 buah negeri iaitu:
oSabah (8 operasi)
oMelaka (8 operasi)
oNegeri Sembilan (5 operasi)
oSarawak (4 operasi
oPulau Pinang (3 operasi)
oTerengganu (3 operasi)
oPahang (1 operasi)
oPerlis (1 operasi)
oWilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4 operasi)
oPutrajaya (1 operasi)
oLabuan (1 operasi)
• Operasi Sanitasi ini melibatkan 297 anggota JBPM serta 200 anggota PBT dan 44 dari agensi-agensi lain.
4.Kuarantin Wajib
•Seramai 59,061 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
•10,035 individu sedang jalani kuarantin wajib di 62 Hotel dan 19 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan
•381 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 48,645 individu telah dibenarkan pulang ke rumah.
5. PKPD Penjara Alor Setar
•Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD Penjara Alor Setar yang bermula sejak 5 Oktober 2020 lalu ditamatkan pada esok, 2 November 2020.
6. PKPD Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu
•Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu bermula 3 hingga 16 November 2020 melibatkan 1,820 tahanan dan 114 kakitangan.
•Dengan pelaksanaan PKPD ini semua aktiviti keluar masuk ke kawasan pusat tahanan serta lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan.