Translate

01 November 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 957, Total Cases- 32,505 | Active Cases- 10,036 | Total Deaths- 249



Kenyataan Akhbar KPK 1 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19  sebanyak 972 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 22,220 kes (68.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (658 kes);
  • Selangor (112 kes);
  • Negeri Sembilan (91 kes);
  • Kedah (41 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (27 kes);
  • Pulau Pinang (24 kes);
  • Perak (10 kes);
  • Melaka (5 kes);
  • Terengganu (2 kes);
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (1 kes);  dan
  • Pahang (1 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan  jumlah sebanyak 644 kes (67.3 peratus). Manakala negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 230 kes (24 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Keempat-empat negeri ini telah menyumbang hampir keseluruhan kes iaitu sebanyak 874 kes (91.3 peratus) daripada jumlah harian kes positif COVID-19. Ini berikutan lebih banyak pengesanan kes di negeri-negeri tersebut susulan aktiviti di lapangan yang giat dijalankan termasuk pengesanan kontak rapat dan saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Plaza Hentian, Kajang yang mana melaporkan 91 kes baharu pada hari ini. Kesemua negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk makluman juga, sebanyak 80 kes (8.36 peratus daripada jumlah keseluruhan) berkaitan pusat tahanan sementara dan kluster-kluster penjara dilaporkan pada hari ini yang terdiri daripada Pusat Tahanan Sementara Tawau (54 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (14 kes), Kluster Penjara Kepayan (6 kes), Kluster Benteng LD (3 kes) dan Kluster Rumah Merah (3 kes).

Secara keseluruhannya, sehingga 1 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 957 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 32,505 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,036 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 957 kes baharu pada hari ini, tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua kes yang dilaporkan merupakan kes penularan COVID-19 dalam negara.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 644 kes
    • 97 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 401 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 146 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 225 kes
    • 172 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Usaha;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang : 23 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembaga; dan
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 18 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu : 15 kes daripada kluster sedia ada.
  • Sarawak : 11 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : Lapan (8) kes
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : Lima (5) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Empat (4) kes
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Kedah : Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Melaka : Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor : Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 97 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 249 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

DUA (2) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

KLUSTER USAHA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-30697) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 30 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 16 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 1 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana:

  • 17 kes dikesan positif COVID-19 (16 kes baharu);
  • Lima (5) individu dikesan negatif; dan
  • Tiga (3) individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER TEMBAGA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya di negeri Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29359) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan Severe Acute Respiratory Infections (SARI) pada 28 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak enam (6) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Sehingga 1 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 69 individu telah disaring, di mana:

  • Tujuh (7)  kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 13 individu dikesan negatif; dan
  • 49 individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 1 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH64415,692
SELANGOR2254,925
W.P. KUALA LUMPUR43,048
KEDAH12,125
NEGERI SEMBILAN81,615
PULAU PINANG231,017
JOHOR1907
SARAWAK11892
PERAK5516
W.P. LABUAN18487
PAHANG0394
MELAKA1312
TERENGGANU15209
KELANTAN0180
W.P. PUTRAJAYA1148
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN95732,505

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(1 November 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanHulu Langat, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban902162,190166 (0)500
2Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Seremban, Port Dickson331102,01950 (0)600
3BasungSabahKudat236667659 (0)70
4MakekarTerengganu, SelangorKemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Besut, Kuala Nerus, Klang154699646 (0)00
5Penjara
Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan142704,140182 (1)880
6MesraSabahSandakan138912073 (0)151
7SagukingWP LabuanLabuan122433,345200 (0)421
8KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, SelangorSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat114221,116413 (0)90
9KaporSabahKudat115821858 (0)00
10TitirSabahKeningau101051,834101 (0)40
11BayanPulau Pinang, Kedah, PerakTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kerian, Larut Matang & Selama8581,41552 (2)60
12Ramai-RamaiSabahSandakan7274797105 (0)1690
13UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras72431,19849 (0)1940
14Taman LautSelangorPetaling71512315 (0)00
15Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang61,7083,4921,321 (0)3870
16KeladiSelangorKlang64234410 (0)320
17GreenhillSarawakKuching, Miri54732047 (0)00
18SamuderaSabahSandakan51710811 (0)60
19InaiSabahKudat46211927 (0)350
20Jalan BombaSabahSandakan44932318 (0)292
21Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran31,12516,543214 (0)9101
22Rumah MerahSabahKota Kinabalu3171408171 (0)00
23KertangSabahKota Belud23372412 (0)210
24Taman BungaNegeri SembilanSeremban, Kuala Pilah, Jelebu23029026 (0)40
25KolongSabahKeningau2183218 (0)100
26Tujuh SerangkaiSabahTuaran, Kota Kinabalu13833,808136 (0)2452
27AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Selangor, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya11181,17347 (1)710
28Bah TropicanaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong16078419 (0)410
29TeduhSabahLahad Datu1452,55430 (0)150
30AstakaSelangor, PahangPetaling, Hulu Langat, Kuala Selangor, Maran13413334 (0)00
31SauhSabah, SarawakKota Kinabalu, Papar, Miri, Daro1334039 (0)240
32MegahSabahSandakan, Kota Kinabalu1296515 (0)131
33TitianWP LabuanLabuan11353013 (0)00




Status terkini COVID-19 setakat 1 November 2020
Jumlah discaj baru: 972 kes
Jumlah kumulatif discaj: 22200 kes (68.4%)
Jumlah kes baru: 957 kes
Jumlah kumulatif: 32505 kes
Jumlah kes aktif: 10036 kes
Kes tempatan: 957 kes (671 WN, 286 BWN)
Kes import: 0 kes (0 WN, 0 BWN)
Jumlah kematian: 0 kes
Jumlah kumulatif kematian: 249 kes (0.76%)
Jumlah kes di ICU: 97 kes
Pesakit intubated: 27 kes


Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 1 November 2020 jam 12.00 tengahari.

Pertambahan 81 kes discaj direkodkan hari ini.

Pertambahan 225 kes baharu hari ini ( 225 tempatan, 0 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim seperti berikut:

DAERAH GOMBAK (4 KES)

Batu - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes

Rawang - 3 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 3 kes

DAERAH HULU LANGAT - (103 KES)

Ampang - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Hulu Langat - 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat - 1 kes

Kajang - 98 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 6 kes
Saringan Pekerja - 1 kes
saringan TEMCO (Kluster Hentian) - 88 kes

Semenyih - 3 kes lokal
Saringan Pekerja - 3 kes

DAERAH KLANG (58 KES)

Kapar - 5 kes lokal
Saringan Kontak (Bah Manggis) - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja - 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Bah Manggis) - 1 kes

Klang - 53 kes lokal
Saringan Bergejala - 2 kes
Saringan Kontak Rapat - 10 kes
Saringan Pekerja - 5 kes
Saringan Pekerja (Kluster Bah Manggis) - 30 kes
Saringan Pekerja (Kluster Keladi) - 6 kes

DAERAH KUALA LANGAT (15 KES)

Bandar - 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 1 kes

Tanjung Dua Belas (1) - 5 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 4 kes

Tanjung Dua Belas (2) - 8 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 7 kes

Telok Panglima Garang - 1 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes

DAERAH KUALA SELANGOR (1 KES)

Ijok - 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Astaka) - 1 kes

DAERAH PETALING (31 KES)

Bukit Raja - 3 kes lokal
Saringan Pekerja - 3 kes

Damansara - 7 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja - 4 kes
Saringan Pekerja (Kluster Utama) - 1 kes

Petaling - 7 kes lokal
Saringan Bergejala - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Auto) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 1 kes
Saringan Pekerja - 4 kes

Sungai Buloh - 14 kes lokal
Saringan Komuniti (Kluster Taman Laut) - 6 kes
Saringan Kontak (Kluster Taman Laut) - 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Utama) - 6 kes
Saringan PATI - 1 kes

DAERAH SEPANG (13 KES)

Dengkil - 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 1 kes

Labu - 9 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 7 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes

Sepang - 3 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) - 1 kes
Saringan Kontak Rapat - 2 kes




Selangor lapor 225 kes baharu, 156 daripadanya adalah daripada kluster-kluster sedia ada manakala 16 kes dikesan dalam kluster Usaha (baharu). 

39 kes lain adalah saringan kontak rapat dan baki 14 adalah lain-lain saringan COVID-19.


Sabah lapor 644 kes baharu. Saringan kontak rapat adalah sebanyak 401 kes manakala 97 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada. Baki 146 kes adalah lain-lain saringan COVID-19.

Satu kluster ditamatkan iaitu Kluster Joo Hwa.



972 kes sembuh dilaporkan. Jumlah keseluruhan adalah 22,220.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED