Translate

20 November 2020

PKPB Di Kedah, Melaka, Johor, Terengganu Ditamatkan



Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 20 Nov 2020 1.Task Force Operasi Pematuhan 2,924 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 13,865 anggota telah melakukan 59,757 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
3,781 pasar raya, 5,615 restoran, 1,315 kilang, 1,670 pasar awam/tani, 2,912 tempat ibadah serta 1,304 tempat riadah telah diperiksa.
PDRM juga telah menahan 318 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP. 307 individu telah dikompaun manakala 11 direman.

2. Kawalan Sempadan Negara Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 24 PATI serta merampas 6 kenderaan darat 283 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara melibatkan: ATM – 213 SJR PDRM – 60 SJR AKSEM – 10 SJR

3. Operasi Sanitasi Awam KPKT telah melakukan 11,651 operasi sanitasi merangkumi 137 zon. Semalam, sebanyak 51 operasi sanitasi telah dilaksanakan di 9 buah negeri dan 2 Wilayah Persekutuan Op ini melibatkan 250 anggota dan 60 jentera JBPM, 234 anggota PBT serta 32 agensi lain

4.Kuarantin Wajib Seramai 71,347 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa. Semalam, 460 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib.

5.Barang Keperluan Asas KPDNHEP telah membuat 678 pemantauan ke atas 12 jenis bekalan barangan termasuk peruncit (488), pemborong (158) dan pengilang (32) Penguatkuasa KPDNHEP telah lakukan 716 pemeriksaan khas dan kesemua premis diperiksa telah mematuhi SOP yang ditetapkan

6.Berita Palsu 274 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan SKMM berhubung berita palsu berkaitan COVID-19. 137 masih dalam siasatan, 35 didakwa di mahkamah, 12 diberi notis amaran dan 90 diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

7. Penamatan PKPB Negeri Kedah Kecuali Daerah Kulim Sidang khas hari ini bersetuju agar PKPB di seluruh Negeri Kedah ditamatkan pada 21 November 2020 kecuali bagi daerah Kulim. Ini bermaksud PKPB di seluruh daerah Kulim masih diteruskan

8. Penamatan PKPB Negeri Melaka  
Sidang khas hari ini bersetuju agar PKPB di seluruh Negeri Melaka ditamatkan pada 21 November 2020.

9. Penamatan PKPB Negeri Johor Kecuali Daerah Kota Tinggi dan Mersing  
Sidang khas hari ini bersetuju agar PKPB di seluruh Negeri Johor ditamatkan pada 21 November 2020 kecuali bagi Daerah Kota Tinggi dan Mersing. 

10.Penamatan PKPB Negeri Terengganu Sidang khas hari ini bersetuju agar PKPB di seluruh Negeri Terengganu ditamatkan pada 21 November 2020.

11.Pelaksanaan PKPB Negeri Kelantan Sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Kelantan bermula 21 November 2020 sehingga 6 Disember 2020.

12. Pelaksanaan PKPD K-Avenue, Megacity, Penampang Sidang khas bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di K-Avenue, Megacity, Penampang, Sabah bermula 22 November 2020 sehingga 5 Disember 2020
Pelaksanaan PKPD K-Avenue, Megacity ini akan merangkumi pejabat, kuarters pekerja dan tapak pembinaan yang melibatkan seramai 400 penduduk.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED