Kenyataan Akhbar KPK 20 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 956 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 39,088 kes (74.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 20 November 2020, sebanyak 958 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 52,638 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 13,221 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 953 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.
Tiga (3) negeri yang mencatatkan kes tertinggi pada hari ini adalah Sabah iaitu sebanyak 512 kes (53.4 peratus), diikuti Selangor dan Negeri Sembilan yang masing-masing melaporkan sebanyak 153 kes (16.0 peratus). Pelaporan kes positif COVID-19 yang tinggi di Sabah berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster-kluster terutamanya Kluster Sabaru (149 kes) dan peningkatan pengesanan kes dalam kalangan saringan kontak rapat (196 kes). Negeri Selangor dan Negeri Sembilan pula mencatatkan jumlah kes yang tinggi pada hari ini disebabkan oleh pertambahan kes dalam kluster-kluster sedia ada dan juga kluster baharu.
Sebanyak 31 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan pada hari ini pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS), lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (24 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), Kluster Rumah Merah (2 kes), Kluster Penjara Sandakan (1 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2.
Sehingga kini, terdapat 110 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 329 kes (0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
No. Kematian | Kes No. | Negeri | Jantina (warganegara) | Umur (tahun) | Hospital | Latar Belakang |
327 | 39871 | Sabah | Perempuan (WN) | 32 | Hospital Queen Elizabeth | – |
328 | 43143 | Sabah | Lelaki (WN) | 39 | Hospital Tawau | Penyakit darah tinggi |
329 | 47656 | Sabah | Lelaki (BWN) | 64 | Hospital Tawau | Penyakit jantung |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Sehingga 20 November 2020, terdapat sebanyak 324 kluster telah dilaporkan. Pada hari ini, terdapat lima (5) kluster baharu yang dilaporkan menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 167 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 47 kluster melaporkan pertambahan kes.
Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Sabaru (149 kes), Kluster Hentian (107 kes), dan Kluster Perigi (50 kes). Ingin dimaklumkan bahawa sebanyak tiga (3) kluster telah tamat iaitu Kluster Seri Setia, Kluster Bina, dan Kluster Bah Bundle. Ini menjadikan jumlah kluster tamat adalah sebanyak 157 kluster.
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
- KLUSTER KASIR
Kluster ini melibatkan daerah Tawau, Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-39566) merupakan seorang pekerja pasaraya yang dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 8 November 2020. Sehingga 20 November 2020, sejumlah 143 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Tawau.
- KLUSTER SRI JUJUR
Kluster ini melibatkan daerah Klang, Sepang, dan Petaling, Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-39977) dikesan positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 8 November 2020. Sehingga 20 November 2020, sejumlah 273 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19. Kluster berkaitan tempat kerja ini melibatkan lima (5) warganegara dan 36 bukan warganegara.
- KLUSTER OAD
Kluster ini melibatkan daerah Seremban, Jelebu, Kuala Pilah, dan Jempol di Negeri Sembilan serta daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-41974) dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 November 2020. Sehingga 20 November 2020, sejumlah 73 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Hospital Tampin dan Hospital Rembau.
- KLUSTER ENGGOR
Kluster ini melibatkan daerah Kerian, Kuala Kangsar, Batang Padang dan Kinta di negeri Perak. Kes indeks (iaitu kes ke-45072) dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 November 2020. Sehingga 20 November 2020, sejumlah 280 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Hospital Teluk Intan dan Hospital Taiping.
- KLUSTER MAKMUR
Kluster ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru, Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-51614) dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 19 November 2020. Sehingga 20 November 2020, sejumlah 68 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.
PENILAIAN RISIKO DALAM MENENTUKAN KEPERLUAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT
Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri-negeri di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali negeri Perlis, Kelantan dan Pahang bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020. Pelaksanaan PKPB bertujuan untuk mengekang penularan COVID-19 dengan mengurangkan pergerakan masyarakat antara negeri dan daerah, serta membolehkan KKM mempertingkatkan aktiviti kesihatan awam seperti saringan secara bersasar dan lain-lain.
Sebelum KKM mengesyorkan sesuatu kawasan dilaksanakan PKPB, penilaian risiko dilakukan dengan mengambil kira beberapa faktor, iaitu:
- Kadar peningkatan kes
Peningkatan ketara bilangan kes COVID-19, terutamanya jika berlaku dalam tempoh masa yang singkat;
- Taburan kes positif
Taburan kes dalam mukim dan daerah yang terlibat dan sama ada terdapat tumpuan di kawasan-kawasan tertentu seperti penjara atau pusat tahanan sementara;
- Kepadatan penduduk
Kepadatan penduduk setempat yang tinggi dengan bilangan kawasan perumahan, pangsapuri atau rumah setinggan yang tinggi;
- Kewujudan tempat tumpuan awam
Kewujudan tempat-tempat seperti pasar borong, kilang, pejabat kerajaan, kompleks perniagaan dan sebagainya; dan
- Keadaan sosiodemografi penduduk
Keadaan sosiodemografi penduduk setempat, sama ada terdapat penempatan warganegara asing dan juga pergerakan penduduk keluar masuk yang banyak.
Sebagai contoh, pada mulanya PKPB tidak dilaksanakan di negeri Kelantan pada 9 November 2020. Namun, dengan mengambil kira faktor-faktor yang telah diteliti dalam penilaian risiko KKM, kini terdapat keperluan untuk PKPB dilaksanakan di negeri tersebut. Pada 3 November 2020, negeri Kelantan hanya mencatatkan sebanyak lapan (8) kes COVID-19 yang melibatkan hanya tiga (3) daerah sahaja. Walau bagaimanapun, pada 19 November 2020, bilangan kes aktif COVID-19 di Kelantan telah meningkat kepada 73 kes dan telah menular ke lapan (8) daripada sepuluh (10) daerah.
Selain daripada itu, terdapat tujuh (7) kluster yang aktif, iaitu Kluster Ikhtisas, Cergas, Kube, Kaya, Mengketil, Simera dan Jalan Meru yang masih dipantau di negeri Kelantan. Kluster Mengketil terutamanya mencatatkan pertambahan kes yang mendadak dengan peningkatan 41 kes dalam masa lima (5) hari. Kes-kes dalam kluster ini mula dikesan di daerah Machang tetapi kini telah menular ke daerah Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Mas dan Kuala Krai. Kluster ini bahkan telah menular ke daerah Besut di negeri Terengganu. Kluster ini menunjukkan kebolehjangkitan yang tinggi dan terdapat risiko penularan yang tidak terkawal sekiranya PKPB tidak dilaksanakan.
Penilaian risiko juga telah dijalankan di negeri-negeri lain untuk menentukan sama ada PKPB boleh ditamatkan atau perlu diteruskan. Walaupun PKBB telah ditamatkan di beberapa negeri, terdapat keperluan pelanjutan tempoh PKPB di sesetengah daerah kerana penilaian risiko menunjukkan risiko jangkitan yang masih tinggi di daerah tersebut. Oleh itu, masyarakat perlu sentiasa patuh kepada SOP yang telah ditetapkan oleh KKM dan MKN walaupun telah kembali kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
20 November 2020 @ 5.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 20 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SABAH | 512 | 25,441 |
SELANGOR | 153 | 8,747 |
W.P. KUALA LUMPUR | 46 (5) | 4,762 |
NEGERI SEMBILAN | 153 | 3,794 |
KEDAH | 19 | 2,318 |
PULAU PINANG | 25 | 1,736 |
W.P. LABUAN | 1 | 1,215 |
SARAWAK | 2 | 1,055 |
JOHOR | 9 | 1,043 |
PERAK | 24 | 1,020 |
PAHANG | 0 | 395 |
MELAKA | 2 | 377 |
KELANTAN | 7 | 264 |
TERENGGANU | 4 | 234 |
W.P. PUTRAJAYA | 1 | 196 |
PERLIS | 0 | 41 |
JUMLAH KESELURUHAN | 958 (5) | 52,638 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 958 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 20 November 2020 adalah seperti berikut:
- Sabah: 512 kes
- 197 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kasir;
- 196 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 119 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 153 kes
- 103 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sri Jujur;
- 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 153 kes
- 140 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster OAD;
- 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 46 kes
- 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Lima (5) kes import dari luar negara; dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 24 kes
- 23 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Enggor; dan
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Pulau Pinang: 25 kes
- 24 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 19 kes
- 17 kes daripada kluster sedia ada; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: Sembilan (9) kes
- Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Makmur;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: Tujuh (7) kes
- Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Sarawak: Dua (2) kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: Dua (2) kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
Ringkasan kes harian COVID-19 negeri Selangor yang dikemaskini sehingga 20 November 2020 jam 12.00 tengahari.
Pertambahan 240 kes discaj direkodkan hari ini.
Pertambahan 153 kes baharu hari ini (153 tempatan dan 0 luar negara). Butiran kes baharu mengikut daerah dan mukim adalah seperti berikut:
DAERAH GOMBAK (3 KES)
Kuang – 2 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 2 kes
Rawang – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
DAERAH HULU LANGAT (20 KES)
Ampang – 1 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Cheras – 3 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Sri Terapi) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 2 kes
Kajang – 16 kes lokal
Saringan Bergejala – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Hentian) – 4 kes
Saringan Kontak Rapat – 5 kes
Saringan Pekerja – 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) – 1 kes
Saringan PKPD (Kluster Hentian) – 2 kes
DAERAH KLANG (85 KES)
Kapar – 10 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 3 kes
Saringan Pekerja – 2 kes
Saringan Pekerja (Kluster Bah Manggis) – 3 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) – 1 kes
Klang – 75 kes lokal
Saringan Bergejala – 2 kes
Saringan Bergejala (Kluster Teratai) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Bah Manggis) – 2 kes
Saringan Kontak (Kluster Perigi) – 15 kes
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 3 kes
Saringan Kontak Rapat – 13 kes
Saringan Pekerja – 3 kes
Saringan Pekerja (Kluster Perigi) – 35 kes
DAERAH KUALA LANGAT (7 KES)
Bandar – 1 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Tanjung Dua Belas (1) – 2 kes lokal
Saringan Bergejala – 1 kes
Saringan Pekerja – 1 kes
Tanjung Dua Belas (2) – 2 kes lokal
Saringan Bergejala (Kluster Jernih) – 1 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 1 kes
Telok Panglima Garang – 2 kes lokal
Saringan Bergejala – 2 kes
DAERAH PETALING (30 KES)
Bukit Raja – 2 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Teratai) – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) – 1 kes
Damansara – 19 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kasah) – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Sri Jujur) – 16 kes
Saringan Pra-pekerjaan – 1 kes
Petaling – 3 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kube) – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Damanlela) – 1 kes
Saringan Pekerja (Kluster Sri Jujur) – 1 kes
Sungai Buloh – 6 kes lokal
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pekerja – 3 kes
Saringan Pekerja (Kluster Kasah) – 1 kes
Saringan Pra-penerbangan – 1 kes
DAERAH SEPANG (8 KES)
Dengkil – 3 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Usaha) – 1 kes
Saringan Kontak Rapat – 1 kes
Saringan Pra-pekerjaan – 1 kes
Labu – 4 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Bah Medan) – 3 kes
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 1 kes
Sepang – 1 kes lokal
Saringan Kontak (Kluster Kaya) – 1 kes