Translate

02 November 2020

LIVE- Sidang Media PKPP | Oleh DS Ismail Sabri - Menteri Kanan Pertahanan


 

             

[LANGSUNG] - Sidang media perkembangan terkini PKPP oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob | 2 November 2020

PKPP | 538 individu ditahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah berkenaan seramai 531 individu dikompaun dan tujuh direman.

59,628 individu pulang ke tanah air sejak 24 Julai hingga semalam

Operasi Benteng: 4 pendatang tanpa izin, 1 tekong ditahan serta 1 bot dan 8 kenderaan darat dirampas semalam

Seramai 14 banduan di Penjara Seberang Perai yang disahkan positif Covid-19 semalam turut libatkan mereka yang akan dibebaskan dalam tempoh sebulan lagi

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 2 Nov 2020 1.Task Force Operasi Pematuhan •2,721 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 12,197 anggota telah membuat 54,595 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
•7,701 pasar raya, 4,712 restoran, 1,511 penjaja, 2,202 pasar awam/tani serta 3,333 tempat ibadah dan 1,255 tempat riadah telah diperiksa.
•PDRM telah menahan 538 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. 531 individu telah dikompaun dan 7 direman.
•Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk: oTidak memakai pelitup muka (136) oPenjarakan fizikal (82) oGagal menyediakan peralatan/merekod butiran pelanggan (80) oAktiviti pusat hiburan (78) oPremis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (17) oLain-lain (145)

2. Kawalan Sempadan Negara •Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 4 PATI dan 1 tekong serta merampas 1 bot dan 8 kenderaan darat.
•Sebanyak 300 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara melibatkan: oPDRM – 226 SJR oATM – 65 SJR oAKSEM – 9 SJR
•Orang ramai diminta untuk menghubungi hotline National Task Force di talian 011 6251 1223 untuk terus menyalurkan maklumat berkenaan PATI dan jenayah rentas sempadan.

3. Operasi Sanitasi Awam •KPKT telah melakukan 11,001 operasi sanitasi merangkumi 137 zon. •Semalam, sebanyak 22 operasi sanitasi meliputi 8 Zon Merah, 9 Zon Kuning dan 2 Zon Hijau di 11 buah negeri iaitu:
oPulau Pinang (5 operasi) oSabah (3 operasi) oTerengganu (3 operasi) oSarawak (2 operasi) oMelaka (2 operasi) oKedah (2 operasi) oJohor (1 operasi), oPahang (1 operasi) oW.P Kuala Lumpur (1 operasi) oPutrajaya (1 operasi) oLabuan (1 operasi)
• Operasi Sanitasi ini melibatkan 133 anggota dan 29 jentera JBPM serta 188 anggota PBT.

4.Kuarantin Wajib •Seramai 59,629 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
•10,111 individu sedang jalani kuarantin wajib di 63 Hotel dan 19 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan
•381 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 49,137 individu dibenarkan pulang ke rumah.

5. PKPD di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) •Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Johor Bahru bermula 3 November sehingga 16 November 2020.
•PKPD ini melibatkan seramai 1,559 terdiri daripada pelatih ILKKM, staf serta ahli keluarga dan pekerja sokongan.
•Antara SOP yang ditetapkan: •Pergerakan keluar masuk ke ILKKM adalah tidak dibenarkan. •Bekalan makanan kepada Pelatih ILKKM akan dibekalkan oleh Kerajaan Negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.
•KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua warga ILKKM dan meneruskan pengesanan kontak rapat.

6. PKPD di Penjara Kepayan dan Kuarters Penjara Taman Mat Salleh, Kg. Matambai •Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Penjara Kepayan dan Kuarters Penjara Taman Mat Salleh, Kg. Matambai selama 14 hari lagi bermula 3 November sehingga 16 November 2020.

7. PKPD Kg. Saguking Laut & Kg. Sebor Laut •Kerjaan bersetuju untuk menamatkan PKPD Kg. Saguking Laut & Kg. Sebor Laut, Labuan pada 3 November 2020 sepertimana yang telah dijadualkan.
•Walau bagaimanapun, kedua-dua lokaliti ini masih tertakluk di bawah pelaksanaan PKPB WP Labuan yang sedang berkuatkuasa.

8. Pindaan SOP PKPD Di Beberapa Lokaliti di Sabah •Masih terdapat kekangan bagi penduduk di kawasan PKPD untuk mengeluarkan wang dan mendapatkan keperluan asas lain yang tidak terdapat di kedai runcit di kawasan PKPD.
•Kerajaan bersetuju dengan pindaan seperti berikut:•Seorang wakil dari setiap rumah dibenarkan keluar dengan kebenaran PDRM khusus untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM / bank dan membeli keperluan asas dan non-food items.
•Pasar dibenarkan beroperasi di kawasan PKPD sebanyak 2 kali seminggu dari 6.00 pagi sehingga 2.00 petang.
•Pindaan ini tidak terpakai di kawasan Penjara dan Pusat Tahanan Sementara di Negeri Sabah.











Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED