Translate

02 November 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 834, Total Cases- 33,339 | Active Cases- 9,968| New Death- 2 Total Deaths- 251

          



Kenyataan Akhbar KPK 2 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 900 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes  yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 23,120 kes (69.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan  jumlah sebanyak 503 kes (60.3 peratus). Manakala negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 157 kes (18.8 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Pada hari ini, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan pula mencatatkan peningkatan hampir enam (6) kali ganda daripada 18 kes positif semalam kepada 105 kes pada hari ini. Kelima-lima negeri ini telah menyumbang sebanyak 765 kes (91.7 peratus) secara keseluruhan. Lonjakan bilangan kes positif COVID-19 di WP Labuan adalah berikutan lebih banyak saringan bersasar yang dijalankan di lapangan. Saringan komuniti yang dijalankan di Jalan Tenaga, WP Labuan telah mengenal pasti 57 lagi kes positif COVID-19 pada hari ini. Kesemua negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk makluman juga, sebanyak 64 kes (7.7 peratus daripada jumlah keseluruhan) berkaitan pusat tahanan sementara dan kluster-kluster penjara dilaporkan pada hari ini yang terdiri daripada Pusat Tahanan Sementara Tawau (42 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (9 kes), Kluster Penjara Kepayan (8 kes), Kluster Rumah Merah (4 kes), dan Kluster Penjara Tapah (1 kes).

Secara keseluruhannya, sehingga 2 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 834 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 33,339 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 9,968 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 834 kes baharu pada hari ini, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara dan dua (2) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Amerika Syarikat (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • India (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Indonesia (1 kes di Johor).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 503 kes
    • 84 kes daripada kluster-kluster, termasuk 42 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster PTS Tawau;
    • 292 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 127 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 129 kes
    • 49 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 52 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes saringan Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • 27 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 105 kes
    • 91 kes daripada kluster-kluster, termasuk 57 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tenaga;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang : 21 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 20 kes
    • Tujuh (7) kes dari kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 16 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Gedong;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : 14 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Wisma Saberkas;dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor : Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Enam (6) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Seridana dan Kluster Gedong; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah : Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan : Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pahang : Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 91 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 251 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes No. KematianKes No.NegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
25016576SabahLelaki (WN)88Hospital Duchess of KentOsteoartritis
25114013SabahPerempuan (WN)75Hospital Queen ElizabethPenyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

LIMA (5) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

KLUSTER PTS TAWAU

Kluster baharu ini melibatkan sebuah Pusat Tahanan Sementara (PTS) di daerah Tawau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15423) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 103 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Tawau.

Sehingga 2 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,671 individu telah disaring, di mana:

  • 104 kes dikesan positif COVID-19 (42 kes baharu); dan
  • 1,567 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER TENAGA

Kluster baharu ini melibatkan subzon Batu Arang di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bersasar terhadap komuniti berisiko tinggi pada 2 November 2020. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Labuan.

Sehingga 2 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 103 individu telah disaring, di mana:

  • 57 kes dikesan positif COVID-19 (57 kes baharu); dan
  • 46 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER GEDONG

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan, daerah Petaling di negeri Selangor, daerah Johor Baharu di negeri Johor, serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29341) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Rembau. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 2 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana:

  • 12 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu);
  • 19 individu dikesan negatif; dan
  • 30 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER WISMA SABERKAS

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kuching di negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-30813) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 30 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 2 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 130 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 10 individu dikesan negatif; dan
  • 112 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER SERIDANA

Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-32505) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 31 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak empat (4) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 2 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu); dan
  • 26 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER SUNGAI DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa, Kluster Sungai telah tamat pada hari ini. Kluster ini melibatkan negeri Kedah dan Perlis.

Sehingga 2 November 2020, seramai 25,406 orang telah disaring. Daripada jumlah ini, 101 kes dikesan positif COVID-19 dan baki 25,305 orang adalah negatif. Kadar positiviti bagi kluster ini adalah 0.40%. Terdapat satu (1) kes kematian dilaporkan dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

2 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 2 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH50316,195
SELANGOR1295,054
W.P. KUALA LUMPUR22 (2)3,070
KEDAH32,128
NEGERI SEMBILAN161,631
PULAU PINANG211,038
JOHOR9 (1)916
SARAWAK14906
PERAK3519
W.P. LABUAN105592
PAHANG1395
MELAKA0312
TERENGGANU0209
KELANTAN2182
W.P. PUTRAJAYA6154
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN834 (3)33,339

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(2 November 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1SagukingWP LabuanLabuan192623,345201 (0)601
2TitirSabahKeningau181231,884106 (0)170
3HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanHulu Langat, Petaling, Sepang, Gombak, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban162322,190179 (0)530
4LimbunganWP LabuanLabuan134138337 (0)40
5KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, SelangorSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat  114331,187408 (0)250
6AstakaSelangor, PahangPetaling, Hulu Langat, Kuala Selangor, Klang, Maran104414444 (0)00
7Penjara
 Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan92794,140176 (1)1030
8Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang81,7163,8491,192 (1)5240
9KempasJohorJohor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang, Tangkak7531,72950 (0)30
10GreenhillSarawakKuching, Miri55247052 (0)00
11KertangSabahKota Belud53872416 (0)220
12Rumah MerahSabahKota Kinabalu4175790175 (0)00
13SofiNegeri SembilanSeremban410717440 (1)670
14BayanPulau Pinang, Kedah, PerakTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kerian, Larut Matang & Selama4621,54352 (2)100
15UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras32461,19849 (0)1970
16Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Seremban, Port Dickson31132,02152 (0)610
17KeladiSelangorKlang, Kuala Langat34534412 (0)330
18UsahaSelangor, WP Kuala LumpurKlang, Petaling, Kuala Langat, Titiwangsa3202820 (0)00
19Taman LautSelangorPetaling31812317 (0)10
20TembagaPulau PinangTimur Laut, Barat Daya3108210 (0)00
21TanameraSabahTawau27116037 (0)340
22Bah TropicanaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras26283821 (0)410
23Bina LabuanWP LabuanLabuan22417115 (0)81
24SamuderaSabahSandakan21918013 (0)60
25Jalan MeruSelangor, Johor, Kelantan, WP Kuala Lumpur, Pahang, PerakHulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Johor Bahru, Batu Pahat, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras, Temerloh, Muallim11421,13632 (0)1100
26BasungSabahKudat16767749 (0)180
27KaporSabahKudat15921959 (0)00
28CahayaSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Tampin, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras15345827 (2)260
29HighwaySabahKota Belud14715824 (1)230
30MentariSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Seremban, Kepong13111218 (1)121
31JambuSelangor, Pulau PinangHulu Langat, Timur Laut1181478 (0)100
32Penjara TapahPerakBatang Padang1144,14810 (0)40
33MeldrumJohorJohor Bahru, Kota Tinggi, Tangkak173217 (0)00

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pecahan kes baharu mengikut negeri (834) KL dan Johor melaporkan 3 kes import baharu. Melaka, Perlis dan Terengganu tidak catat sebarang kes. 5 kluster baharu dilaporkan. Selain 5 kluster baharu, 33 kluster sedia ada turut melaporkan kes baharu.




Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 2 Nov 2020 Kes sembuh=900 Jumlah kes sembuh=23,120kes Kes baharu positif=834 (kes import=3, kes tempatan=831) Jumlah positif=33,339 kes Kes kematian=2 Jumlah kes kematian=251 kes Kes dirawat di ICU=91 kes Bantuan Alat Pernafasan=32 kes




Selangor lapor 129 kes baharu. Klang-16 9 dari kluster sedia ada 6 saringan kontak rapat 1 saringan pekerja Petaling-35 15 dari kluster sedia ada 4 saringan bergejala 5 saringan kerja 7 saringan kontak rapat 4 saringan sebelum penerbangan

Hulu Langat-30 14 kluster sedia ada 1 saringan bergejala 1 saringan SARI 3 saringan tempat kerja 10 saringan kontak rapat 1 saringan sendiri Gombak-4 2 saringan kontak rapat 1 saringan bergejala 1 pra masuk kerja

Sepang-15 6 kluster sedia ada 3 saringan kontak rapat 3 saringan bergejala 2 saringan tempat kerja 1 saringan sendiri Kuala Langat-29 5 kluster sedia ada 24 saringan kontak rapat


Sabah lapor 503 kes. 84 kes dilaporkan dalam kluster aktif termasuk 42 daripada kluster PTS Tawau (baharu). 

292 kes lain daripada saringan kontak rapat. Baki 127 daripada lain-lain saringan COVID-19. 

Ranau kini berubah ke zon kuning dari zon merah.



900 kes sembuh dilaporkan hari ini. Secara keseluruhan, 23,120 kes sembuh dilaporkan.


Dukacita dimaklumkan, 2 kes kematian warganegara dilaporkan hari ini. Secara keseluruhan 251 kes kematian COVID-19 dilaporkan. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED