Translate

05 October 2020

Warga Emas Yang Cuba Sorok Gelang Merah Jambu Kuarantin Ditahan Polis Di Damansara Damai


Warga emas cuba sorok gelang kuarantin ditahan polis
Astro Awani
5 Oktober 2020


PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas yang cuba menyembunyikan gelang merah jambu dengan lilitan kain putih, ditahan polis kerana melanggar syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) COVID-19, di Damansara Damai, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, bertindak atas maklumat orang ramai yang melihat seorang lelaki memakai gelang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berlegar-legar di kawasan lot kedai kawasan itu, polis melakukan pemeriksaan.

"Setibanya di lokasi, polis menahan lelaki berusia 63 tahun terbabit selepas didapati dia cuba menyorokkan gelang KKM itu.

"Semakan mendapati lelaki itu datang dari Sabah untuk urusan perniagaan, dan keputusan ujian saringan COVID-19 adalah negatif," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Bagaimanapun, kata Nik Ezanee, lelaki itu diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah bermula 28 September hingga 11 Oktober depan.

Beliau memberitahu, polis akan membuat permohonan reman terhadap lelaki itu di Mahkamah Petaling Jaya, pada Selasa.

Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Nik Azanee turut memberi amaran kepada individu yang dikenakan perintah kuarantin agar mematuhi arahan yang ditetapkan KKM.

"Kita akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang gagal mematuhi atau memberi kerjasama," ujarnya.

Dalam kejadian lain pada Sabtu, seorang lelaki 'bergelang' merah jambu ditahan ketika sedang makan di sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri Rawang pada malam Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata tangkapan dibuat berdasarkan maklumat daripada orang ramai.

Source: Astro Awani




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Malaysia tidak perlu panik, gopoh buat keputusan b' 2 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Perjumpaan PM Anwar bersama warga Jabatan Perdana ' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar Ibrahim's Statement on the United States ' 9 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '46 masih dirawat, seo' 23 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perjumpaan PM Anwar bersama warga Jabatan Perdana ' 30 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Malaysia tidak perlu panik, gopoh buat keputusan b' 41 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'BEST FBKL' 41 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PM Anwar Ibrahim's Statement on the United States ' 42 mins ago