BERNAMA
06/10/2020 12:39 AM
KUALA LUMPUR, Oct 5 – Two children drowned at a water catchment area in Jalan Cheras Prima, Kajang today.
Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) director, Norazam Khamis, identified the victims as Mohd Rayan Ikram, 8, and Nur Farisah,10.
He said JBPM was called to the location after receiving an emergency call around 3pm.
He said the children had been pulled to the waterside by members of the public before a JBPM crew of seven arrived.
“The children were pronounced dead at the scene by the medical team and the bodies handed over to the police,” he told Bernama, adding that the victims were brought to Hospital Kajang for a post-mortem examination.
Meanwhile food stall operator Badruzzaman Borhanudin, 27, who tried to rescue the children said he rushed to scene when he was informed that two children had fallen into the pool.
"I immediately jumped into the pool but found no one. So I climbed onto a nearby tree and saw one of the victims afloat. Once again I got into the pool to retrieve him.
"After that, I went in again and with the help of a passerby we managed pull out the other victim. I never thought of my own safety then," he told Bernama when met at the Kajang Hospital Forensic Unit tonight.
--BERNAMA
06/10/2020 12:32 AM
KAJANG, 5 Okt -- Seorang peniaga kedai makan sanggup menggadai nyawa dengan terjun di kawasan tadahan air yang mempunyai kedalaman sembilan meter untuk menyelamatkan dua beradik yang lemas di Jalan Cheras Prima, Kajang, di sini petang tadi.
Badruzzaman Borhanudin, 27, yang berniaga makanan di gerai berhampiran kawasan itu berkata dia bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan oleh seorang wanita terdapat dua kanak-kanak terjatuh ke dalam air.
“Bila sampai, saya terus terjun tetapi tidak nampak apa-apa lalu terus memanjat pokok berhampiran sebelum ternampak salah seorang mangsa dalam keadaan terapung menyebabkan saya terjun sekali lagi untuk menarik mangsa ke tebing.
Selepas itu saya terjun kali kedua untuk menarik mayat adiknya pula dengan turut dibantu seorang lagi orang awam yang kebetulan lalu di kawasan itu. Ketika itu yang terlintas di fikiran saya, kalau sampai ajal, saya reda,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kajang malam ini.
Dua mangsa yang ditemukan lemas itu dikenali sebagai Nur Farisah Rozilah berusia 10 tahun dan Mohd Rayan Ikram , 8.
Sementara itu, nenek saudara mangsa Nik Hasnah Yusof, 56, berkata kedua-dua kanak-kanak itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian.
“Cuma si adik beriya memberitahu ibunya dia hendak memakai baju baharu pagi tadi manakala yang si kakak pula tidur lewat semalam selain menangis apabila ayahnya hendak balik bekerja di Johor,” katanya dalam keadaan sebak.
Nik Hasnah yang reda dengan kejadian itu berkata mangsa kebiasaannya tidak pernah pergi ke kawasan tadahan air itu dan hanya bermain basikal di sekitar kawasan taman berdekatan.
Perkarangan unit forensik turut diselubungi suasana pilu dengan kehadiran ahli keluarga yang datang setelah mengetahui kejadian itu.
Ibu mangsa yang ditemui di hospital kelihatan sedih dan mengelak untuk bercakap dengan media selain sesekali membuat panggilan telefon dengan suaminya yang baru sahaja bertolak ke Johor dan terpaksa berpatah balik susulan kejadian itu.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kawasan tadahan air sebuah kawasan taman perumahan di situ berada dalam keadaan berpagar dawai, namun banyak yang telah rosak.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3 petang dan tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
-- BERNAMA