Translate

20 October 2020

Tukang Masak Mengaku Tidak Bersalah Rogol Jiran Berstatus Nenek (1 Video)

Seorang tukang masak berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini




Tukang masak mengaku tidak bersalah rogol jiran berstatus nenek

Tukang masak tak mengaku rogol nenek 20 cucu
Astro Awani
20 Oktober 2020


KAJANG: Seorang tukang masak berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan merogol seorang nenek berusia 57 tahun, minggu lalu.

Tertuduh yang bekerja di sebuah restoran makanan segera, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol wanita yang juga jirannya itu di sebuah pangsapuri di Semenyih di sini antara jam 2 hingga 2.40 petang, pada 15 Oktober lalu.

Mengikut kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norhana Sahat tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh merayu agar mahkamah menawarkan ikat jamin kerana dia tidak lagi tinggal di lokasi berkenaan malah berjanji tidak akan mendekati mangsa.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mohd Kafli membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu nenek tersebut.

Selain itu, tertuduh dikehendaki melaporkan diri sebulan sekali di balai polis terdekat sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 15 Disember depan sebagai sebutan semula kes.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 10 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Bandar puncak alam viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Cheras viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 59 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 5 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 25 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mangsa Tampar Buat Laporan Polis | BEST FBKL' 6 hrs 30 mins ago