Translate

20 October 2020

Individu Ditahan SPRM Dipercayai Ejen Sindiket Penipuan China - Polis (1 Video)

Datuk Huzir Mohamed




CID director: Two recently detained suspects not involved in Macau scams in Malaysia
Individu ditahan SPRM dipercayai ejen sindiket penipuan China - Polis
BERNAMA
20/10/2020 07:30 PM


KUALA LUMPUR, 20 Okt -- Dua individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram baru-baru ini dipercayai merupakan koordinator atau ejen kepada sindiket penipuan dari China yang menyasarkan mangsa dari negara itu.

Menurut siasatan polis, kedua-dua lelaki itu, termasuk yang melarikan diri dengan memanjat pagar SPRM pada 11 Okt lepas, berperanan sebagai penyelaras yang menyediakan kemudahan kediaman serta pusat panggilan dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi kepada warga China yang diupah oleh sindiket untuk memperdaya rakyat senegara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed turut menafikan dakwaan seorang daripada suspek yang ditahan itu akan dibebaskan.

Lelaki itu kini ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi individu dan usaha mengesan suspek yang melarikan diri juga giat dijalankan, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Huzir menjelaskan perkara itu ketika ditanya mengenai rakaman perbualan telefon yang tular sejak minggu lepas, kononnya suspek bergelar “Datuk” akan dilepaskan dengan mudah disebabkan mempunyai hubungan dengan pemimpin politik.

Mendedahkan modus operandi sidiket terbabit, beliau berkata pusat panggilan yang beroperasi dari unit kediaman mewah dan pejabat itu menjalankan aktiviti penipuan Macau Scam, judi dalam talian dan pembelian barang dengan menyasarkan warga China di negara berkenaan.

Pada 11 Okt lalu, media melaporkan seorang suspek utama sindiket 'cuci duit' atau pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan perniagaan melibatkan selebriti tanah air, meloloskan diri daripada ditahan polis dengan memanjat pagar SPRM menerusi bantuan dua pengawal peribadinya.

Huzir berkata tiga suspek yang ditahan sebelum ini selepas dibebaskan SPRM bagi membantu siasatan kes perjudian Macau Scam, kini ditahan menurut Seksyen 4(1)(a) POCA 1959 selama 21 hari hingga 3 Nov ini.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan kerana disyaki terbabit dalam penganjuran judi dalam talian di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur,


-- BERNAMA

FOR MORE NEWS GO TO:
5 Termasuk Seorang Datuk Seri Dan Datuk Ditahan dan Direman oleh SPRM Berkaitan Dengan Sindiket Macau Scam

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLI' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pulau Pinang senarai 10 projek keutamaan permohona' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PGA tahan dua lelaki, rampas 40 tan beras putih se' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KPDN serbu stor haram seleweng LPG, sita 608 tong ' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Fahmi optimis pemilihan PKR seiring hala tuju part' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua kanak-kanak hilang, dikhuatiri lemas di Batang' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suami Cekup Isteri, Kekasih Di Hotel Bajet | BEST ' 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Israel bunuh lebih 400 orang di Gaza, gencatan sen' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KLIA ranks among top 10 airports globally with nea' 2 hrs 48 mins ago