Translate

18 October 2020

Seorang Pemuda Ditangkap Pertikai Kerja Polis (1 Video)

Halang Tugas Polis, Pemuda Ditahan





MKL Crimedesk
18 Oktober 2020

Seorang pemuda yang kalut mempertikaikan tugas polis di khalayak ramai ketika pemeriksaan pematuhan pkpb di sekitar brickfields akhirnya diberkas. Kelakuan aneh lelaki berusia 25 tahun itu juga berani bertindak menghalang tugas polis. Ketua polis daerah brickfields acp zairulnizam mohd zainuddin@hilmi pemuda itu kemudian dibawa balik ke ipd brickfields untuk siasatan lanjut dibawah seksyen 186 kanun keseksaan. Operasi khas bermula jam 8 malam di sekitar daerah itu tertumpu di kawasan kedai restoran dan orang awam. Hasilnya sebanyak 5 kompaun dikeluarkan terhadap pemilik premis yang gagal patuhi salah satu operasi standard sop iaitu penjarakan sosial di dalam kedai. Ketika pemeriksaan dilakukan di dalam kedai, situasi pelanggan sesak. Ada juga pelanggan tidak memakai topeng mulut dan tidak mendaftar maklumat diri di buku log premis ataupun melalui aplikasi my sejahtera. Penelitian mendapati tahap pematuhan di daerah itu mencapai 95 peratus. Zairulnizam juga menjelaskan, pihaknya telah mengeluarkan sejumlah 134 kompaun sejak 4 hari perlaksanaan pkpb di daerah itu. Di bangsar sahaja 70 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan pematuhan sop pkpb. Operasi bermula jam 8 malam itu dilakukan serentak ke atas 7 balai polis dibawah pentadbiran ipd brickfields. Dengan kekuatan 26 pasukan pemantau, 1 sekatan jalan raya sjr statik dan 2 pasukan sjr mobil. Orang awam dinasihatkan terus bertanggungjawab dalam mematuhi sop pkpb supaya penularan wabak covid19 ini dapat dikurangkan.

Source: MKL Crmrdesk YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED