Translate

18 October 2020

Kluster, Kes Baharu COVID-19: Pakai Pelitup Muka Dengan Elok, Tutup Hidung

Pakai Pelitup Muka Dengan Elok, Tutup Hidung 

Kluster, kes baharu COVID-19: Pakai pelitup muka dengan elok, tutup hidung
Astro Awani
18 Oktober 2020


KUALA LUMPUR: Kegagalan atau culas dalam pematuhan langkah pencegahan dilihat menjadi antara faktor peningkatan kes dan kluster baharu COVID-19.

Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, buat masa ini tiada cara lain untuk mengekang penularan virus ini, kecuali dengan mematuhi langkah pencegahan sedia ada.

"Kalau kita lihat secara retrospektif kepada kesan pendedahan sebelum ini, kita boleh jangkakan kadar sebaran agak meluas berbanding gelombang pertama dan kedua.

"Justeru, kita semua individu dalam masyarakat perlu memahami keadaan ini. Kita tidak mampu melakukan yang lebih lagi berbanding yang disyorkan.

"Kita perlu jaga jarak, pakai pelitup muka dan jaga kebersihan tangan. Bagaimanapun, saya dapati, penggunaan pelitup muka, pematuhannya agak rendah.

"Masing-masing pakai pelitup muka, tetapi biasanya mendedahkan bahagian hidung," ujar Dr Malina ketika dihubungi Astro AWANI.

Tambah beliau, jika dilihat kepada pola sebaran seiring peningkatan kes, ia memberi risiko terhadap potensi kes-kes baharu dan kluster-kluster baharu.

Beliau pada masa sama menyambut baik tindakan Kementerian Kesihatan memperluas saringan dalam komuniti di Sabah bagi mengesan jangkitan COVID-19 yang dilihat semakin merebak di negeri itu.

Mengulas berkenaan beberapa kawasan di pedalaman Sabah termasuk yang berkepadatan tinggi, Dr Malina berkata, pemimpin masyarakat perlu memainkan peranan memberi nasihat dan kesedaran dalam pematuhan langkah pencegahan.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED