Translate

19 October 2020

Polis Sentul Rampas Wang Tunai Dari Kes Samun RM1.03 Juta Dan Ketulan Emas (1 Video)

                                      Tiga penyamun RM1.6 juta dicekup

 


19 Oktober 2020
Harian Metro

Intip pergerakan mangsa selama tiga hingga lima hari. Itu tindakan dilakukan tiga penjenayah sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM1.6 juta di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Kepong, di sini, pada 8 Oktober lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan dibuat pekerja syarikat pengurusan mata wang krypto berhubung kejadian itu. Ketika kejadian, mangsa dikatakan membawa wang tunai RM1.6 juta yang diletakkan di dalam beg plastik berwarna hitam sebelum diserang dua lelaki yang bertindak menumbuk perut dan menyembur matanya lalu merampas bungkusan plastik terbabit. Dua penjenayah berkenaan kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Myvi. Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di Kuala Lumpur, pada Isnin. Saiful Azly berkata, hasil siasatan dilakukan membawa kepada penahanan tiga suspek berusia 31 hingga 42 tahun dipercayai terbabit dalam kejadian itu di tiga lokasi berasingan di ibu kota pada 16 Oktober lalu. Hasil soal siasat polis berjaya merampas wang tunai berjumlah RM1.03 juta, beberapa ketulan emas, barang kemas, telefon bimbit serta sebuah kereta Perodua Myvi.

Source: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED