Translate

07 October 2020

Polis Menumpaskan Dua Sindiket Dadah Terbesar Nilai Rampasan Lebih 12 juta (1 Video)





MKL Crimedesk | 2 Sindiket Dadah Nilai Rampasan Lebih 12 Juta
7 Oktober 2020


Polis menumpaskan kegiatan dua sindiket dadah terbesar di petaling jaya hasil beberapa siri serbuan dilakukan pada 2 dan 5 oktober lepas.

Ketua polis selangor datuk noor azam jamaluddin berkata dalam serbuan pertama di jalan gasing pada 4.30’petang 2 oktober lepas polis menahan 3 lelaki di kawasan letak kereta.

Hasil pemeriksaan yang dibuat berjaya menemui 23 bungkusan teh cina seberat 24 kilogram mengandungi dadah methamphetamine dianggarkan bernilai lebih 1.9 juta ringgit.

Kejayaan kedua pula menyusul pada 5 oktober lepas hasil 5 siri serbuan di sekitar kota damansara.

Dalam serbuan itu polis 6 lelaki warga tempatan dan merampas lebih 51.5 kilogram syabu dan 98.25 gram heroin base.

Jumlah rampasan dadah itu sahaja lebih 11.4 juta ringgit. selain dadah polis juga menyita pelbagai kenderaan dan wang tunai dalam kedua dua kes yang mencecah 187 ribu ringgit.

Pihak polis turut merampas tiga bom tangan, satu laras raifal dan 140 butir peluru hidup daripada dua orang suspek yang berumur 19 dan 26 tahun dalam salah satu serbuan di kota damansara.

Kes disiasat mengikut seksyen 39b akta dadah berbahaya 1952 dan tiga suspek turut disiasat mengikut seksyen 8 akta senjatapi 1960. kesemua tangkapan kini direman untuk siasatan lanjut.


 Source: MKL Crimedesk You Tube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED