Translate

01 October 2020

PKPP: Kawalan Rentas Daerah Akan Dilaksanakan Di Sabah Berkuatkuasa 3 -16 Oktober, 2020 | Hari ke-114: Ditahan-98 Dikompaun-95 Direman-3




Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah berkuat kuasa tengah malam 3 Oktober
ASTRO AWANI
Oktober 1, 2020 


Sabri Yaakob berkata, perkhidmatan perlu termasuk keperluan bekalan makanan, perubatan dan keselamatan adalah dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah. - Gambar fail

KUALA LUMPUR : Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) memutuskan untuk melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah, berkuat kuasa pukul 12:01 tengah malam esok (3 Oktober) hingga 16 Oktober ini.

Namun demikian, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkhidmatan perlu termasuk keperluan bekalan makanan, perubatan dan keselamatan adalah dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.

"Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang menjalani atau akan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Labuan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, walau bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuat kuasa seperti biasa.

PKPDB yang melibatkan 962,661 penduduk di empat daerah itu dijadualkan berakhir pada 12 Oktober ini.
Pelaksanaan PKPDB di kawasan itu adalah bagi membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut.
Sebarang sekatan dan maklumat lanjutan katanya,akan dimaklumkan oleh kerajaan Sabah melalui
Jawatankuasa Bencana Alam COVID-19 Sabah yang dipengerusikan setiausaha kerajaan negeri.


Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media hari ini (Khamis, 1 Oktober 2020):

1) Tiga individu ingkar PKPP ditahan reman, 95 individu lagi dikenakan kompaun.

2) Sebanyak 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Benteng, turut dirampas satu bot dan tiga kenderaan darat.

3) Kawalan Rentas Daerah di Sabah yang akan berkuat kuasa mulai pukul 12:01 tengah malam 3 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020.

4) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna kekal seperti biasa.

5) Pihak yang mengeluarkan nama individu yang dijangkiti COVID-19 boleh diambil tindakan undang-undang.


Source: Astro Awani





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED