Penang school ordered to close after teacher tests positive
Astro Awani
1 Oktober 2020
KEPALA BATAS: Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang diarah ditutup sehingga 8 Oktober ini berikutan seorang guru di sekolah itu dilaporkan positif COVID-19.
Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPN) negeri Abdul Rashid Abdul Samad memaklumkan arahan penutupan tersebut dibuat bagi membendung penularan wabak COVID-19 dikawasan berkenan.
Abdul Rashid berkata ketika ini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melakukan ujian saringan COVID-19 (swab test) untuk semua murid guru dan juga kakitangan sekolah berkenaan.
Tinjauan Astro Awani di sekolah mendapati ibu bapa mula membanjiri sekolah dan menunggu anak masing masing menjalani ujian saringan COVID-19. - Foto Astro AWANI
Katanya, seramai 400 murid terdiri dari tahun 1 hingga 6 serta 50 orang guru diarah menjalani ujian tersebut sejak pagi tadi.
Abd Rashid berkata pihaknya belum mendapat laporan lengkap dari pengurusan sekolah berkenaan namun dimaklumkan semua murid di situ perlu menjalani ujian saringan COVID-19 yang dijalankan di sekolah hari ini.
Katanya, sebarang keputusan lanjut akan dibuat selepas pihak JPN bermesyuarat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Seramai 600 murid terdiri dari tahun 1 hingga 6 diarah menjalani ujian tersebut sejak pagi tadi. - Foto Astro AWANI
Sementara itu tinjauan Astro AWANI di sekolah mendapati ibu bapa mula membanjiri sekolah dan menunggu anak masing masing menjalani ujian saringan COVID-19.
Menurut mereka, pihak sekolah memaklumkan perkara itu pagi tadi meminta semua murid menjalani ujian dan mereka perlu dikuarantinkan dirumah.
Source: Astro Awani