Translate

19 October 2020

Perkembangan Terkini PKPP: Ditahan-649 Dikompaun-606 Direman-43

Task Force Operasi Pematuhan

Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (19 Oktober 2020)

1.Task Force Operasi Pematuhan

•2,966 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 13,453 anggota telah membuat 59,533 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

•3,971 pasar raya, 5,029 restoran, 1,274 kilang, 1,764 pasar awam/tani serta 3,196 tempat ibadah dan 1,422 tempat riadah telah diperiksa.

•PDRM telah menahan 649 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. 606 telah dikompaun dan 43 direman.

•Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk:

oTidak memakai pelitup muka (213)
oPenjarakan fizikal (151)
oGagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (67)
oAktiviti di pusat hiburan (75)
oDan lain-lain (143)

•Task Force akan terus mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan.

2.Kawalan Sempadan Negara

•Op Benteng telah berjaya menahan 92 PATI, serta merampas 4 kenderaan darat.

•Daripada jumlah itu, Rejimen Pertama Kor Armor Diraja telah berjaya menangkap 26 PATI di Kolam Udang Agriculture, Johor Bahru, Johor.

•Sebanyak 262 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara melibatkan:

oPDRM – 188 SJR
oATM – 65 SJR
oAKSEM – 9 SJR

3.Operasi Sanitasi Awam

• KPKT telah melakukan 10,565 operasi sanitasi merangkumi 135 zon.

o Pulau Pinang (5 operasi)
o Sabah (5 operasi)
o Selangor (1 operasi)
o Sarawak (1 operasi)
o Perlis (1 operasi)
o WP Kuala Lumpur (4 operasi)

• Operasi ini melibatkan 90 anggota dan 19 jentera JBPM serta 182 anggota PBT dan 5 dari agensi-agensi lain.

4.Kuarantin Wajib

• Seramai 51,235 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

• 8,386 individu sedang jalani kuarantin wajib di 69 Hotel dan 16 premis termasuk Institut Latihan Awam serta Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan

• 381 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 42,468 individu telah discaj dan dibenarkan pulang ke rumah.

5.PKPD Penjara Kepayan dan Kuarters Anggota Pegawai di Kampung Matambai

•Sidang Khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Penjara Kepayan dan Kuarters Anggota Pegawai di Kg. Matambai bermula 21 Oktober 2020 sehingga 3 November 2020.

•Jumlah keseluruhan individu terlibat adalah seramai 3,511 orang merangkumi 2,914 banduan dan 597 staf penjara.

•Bekalan keperluan makanan akan diagihkan oleh Kerajaan Negeri Sabah yang akan dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.

6.Kebenaran Masuk dari Singapura

• Seperti yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini bahawa rakyat Malaysia dari Singapura tidak pernah dihalang untuk pulang ke Malaysia.

• Terdapat beberapa kategori permohonan bagi urusan keluar masuk ke Malaysia dalam tempoh PKPP sehingga 31 Disember 2020 yang boleh dipohon melalui MyTravelPass yang boleh diakses di laman sesawang rasmi Jabatan Imigresen http://imi.gov.my

Kategori tersebut antaranya adalah:

• Singapura Reciprocal Green Lane (SRGL) – Individu yang ingin masuk ke Malaysia perlu menjalani swab test 3 hari sebelum tiba dan akan di swab test sekali lagi setibanya dipintu masuk Malaysia.

• Periodical Commuting Arrangement (PCA) – individu yang pulang ke malaysia perlu menjalani Swab test setibanya di Malaysia dan perlu menjalani 7 hari home quarantine setelah keputusan saringan negatif

• Bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan tidak mahu pulang dengan menggunakan PCA, mereka boleh terus ke Pintu Masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) atau Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan perlu menjalani Kuarantin wajib 14 hari.

7.SOP

• Hari ini, jumlah kes positif secara keseluruhannya di negara ini adalah sebanyak 20,498.

• Oleh itu, ingin saya ingatkan kepada seluruh rakyat di negara ini bahawa kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan semua SOP PKPP masih lagi berkuat kuasa.

• Sentiasa ingatkan diri sendiri dan orang sekeliling untuk terus mengamalkan kendiri untuk memastikan keluarga dan masyarakat kita kekal selamat.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED