Task Force Operasi Pematuhan SOP PKPP |
Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (16 Okt 2020)
1.Task Force Operasi Pematuhan
•3,116 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 13,271 anggota telah membuat 54,398 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
•3,486 pasar raya, 4,724 restoran serta 1,445 penjaja, 1,260 pasar awam/tani serta 3,446 tempat ibadah dan 1,340 tempat riadah telah diperiksa
•PDRM telah menahan 481 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. 470 individu telah dikompaun, 10 direman dan 1 dijamin.
•Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk:
oTidak memakai pelitup muka (208)
oPenjarakan fizikal (145)
oGagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (82)
oMembawa penumpang berlebihan dalam 1 kenderaan (27)
oLanggar syarat/perintah PKPB (10)
oPremis beroperasi lebih masa (6)
oTangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (2)
oAktiviti pusat hiburan tanpa lesen (1)
2.Kawalan Sempadan Negara
•Sejak pelaksanaan Op Benteng, seramai 7,712 PATI, 775 tekong dan 316 penyeludup telah berjaya ditahan oleh pihak berkuasa di seluruh negara. Turut dirampas 809 kapal/bot, 730 kenderaan darat dan 1801 lain-lain jenayah rentas sempadan.
•Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 37 PATI, 3 Tekong dan merampas 6 kenderaan darat.
•Sebanyak 279 SJR Op Benteng dilakukan diseluruh negara yang melibatkan:
oPDRM – 210 SJR
oATM – 59 SJR
oAKSEM – 10 SJR
3.Operasi Sanitasi Awam
•KPKT telah melakukan 10,482 operasi sanitasi merangkumi 135 zon.
•Semalam, sebanyak 24 operasi sanitasi meliputi 5 Zon Merah, 11 Zon Kuning dan 5 Zon Hijau di 10 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan iaitu:
oSabah (6 operasi)
oKedah (5 operasi)
oPulau Pinang (4 operasi)
oTerengganu (3 operasi)
oMelaka (1 operasi)
oPerlis (1 operasi)
oSarawak (1 operasi)
oPahang (1 operasi)
oPerak (1 operasi)
oWP Putrajaya (1 operasi)
•Operasi ini melibatkan 81 anggota JBPM serta 152 anggota PBT dan 13 dari agensi-agensi lain.
4.Kuarantin Wajib
•Seramai 49,056 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
•9,223 individu sedang jalani kuarantin wajib di 72 Hotel dan 15 premis termasuk Institut Latihan Awam serta Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan
•381 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 39,452 individu telah di discaj dan dibenarkan pulang ke rumah.
5. Berita Palsu
•Sebanyak 273 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan SKMM. 136 masih dalam siasatan, 35 kes telah didakwa di mahkamah, 21 didapati bersalah, 13 dalam proses perbicaraan dan 12 diberikan notis amaran.
•Sebanyak 391 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah diperjelaskan kepada orang ramai oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
•Sekiranya terhadap sebarang berita yang diragui kesahihannya, anda boleh menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau layari https://sebenarnya.my/
6. PKPB Kampung Padang Che Mas, Baling, Kedah
•Sidang Khas bersetuju untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Padang Che Mas daerah Baling yang akan berkuatkuasa 18 Oktober 2020 sehingga 31 Oktober 2020 melibatkan 1,150 penduduk dan 151 rumah.
•Semua penduduk dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya:
•Tiada pergerakan keluar masuk ke Kampung Padang Che Mas.
•Hanya 2 orang saja wakil yang dibenarkan bagi sebuah rumah untuk keluar mendapatkan bekalan makanan dan barang keperluan.
•Penutupan sekolah dan pusat pengajian termasuk pondok pengajian.
•Semua aktiviti keagamaan di masjid, surau tidak dibenarkan kecuali laungan azan lima waktu dan solat fardhu dengan jumlah 6 orang Jemaah termasuk muazzin dan imam.
• Restoran, kedai/gerai makan dan kedai runcit dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 8.00 malam.
• Pembelian makanan digalakkan secara penghantaran dan take away. Dine in dibenarkan terhad kepada 2 atau maksimum 4 orang satu meja dengan pematuhan SOP premis makanan.
a barangan yang berkaitan dengan rantaian makanan boleh dibenarkan beroperasi seperti biasa.
• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial, budaya, majlis rasmi, keramaian, kenduri dan sebagainya adalah tidak dibenarkan
• Aktiviti perikanan, perladangan, pertanian dan penternakan dibenarkan.
•Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman sesawang MKN.
7.Solat Jemaah dan Solat Jumaat Bagi WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
•Pelaksanaan bagi solat dibenarkan seperti berikut:
-Solat Jumaat
•Solat Jumaat tidak melebihi 50 orang jemaah tertakluk kepada keluasan dewan solat masjid dan surau dengan penjarakan 1 meter antara jemaah.
-Solat Fardhu
•Solat fardhu perlu dilaksanakan tidak melebihi 20 orang jemaah tertakluk kepada keluasan dewan solat masjid dan surau dengan penjarakan 1 meter antara jemaah.
-Ketetapan ini berkuat kuasa mulai hari ini, 16 Oktober 2020 bagi WP Kuala Lumpur dan Putrajaya, manakala 17 Oktober 2020 bagi WP Labuan sehingga penguatkuasaan PKPB tamat.
•Melibatkan sebanyak 782 terdiri daripada masjid, surau jumaat, surau jumaat PKPP dan surau biasa di WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
•Pelaksanaan solat Jumaat hanya dibenarkan kepada masjid, surau Jumaat dan surau yang diberi kebenaran sepanjang PKPP
8.Selangor
•Bagi negeri Selangor, solat Jumaat serta semua aktiviti agama di masjid dan surau ditangguhkan melibatkan sebanyak 2450 masjid, surau solat Jumaat dan surau bermula 14 hingga 27 Oktober 2020.
•Bagi tujuan pengimarahan, azan dibenarkan dikumandangkan pada setiap waktu dan solat fardhu berjemaah dibenarkan dengan tidak melebihi 6 orang jemaah termasuk muazzin dan imam.
9.Pembukaan Semula One Utama Mall
•Kompleks One Utama Mall, Bandar Utama, telah diarahkan tutup pada 11 Oktober bagi tujuan saringan COVID-19 kepada semua pekerja dan melakukan aktiviti pembasmian kuman.
•Sehingga 15 Oktober 2020 seramai 6,000 termasuk pekerja, penyewa dan petugas serta 110 pengunjung di kompleks One Utama Mall telah disaring oleh KKM.
•Mereka yang didapati positif telah dihantar ke hospital, kontak tidak bergejala telah dikuarantin selama 14 hari manakala yang bergejala telah diarahkan untuk pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan berhampiran.
•Langkah kawalan dan pencegahan telah diambil oleh pihak pengurusan Kompleks serta atas nasihat KKM, sidang khas hari ini bersetuju membenarkan kompleks One Utama Mall kembali beroperasi semula bermula 17 Oktober 2020.