Translate

17 October 2020

Perkembangan Terkini PKPP: Ditahan-467 Dikompaun-460 Direman-6 Dijamin-7

Task Force Pematuhan SOP


Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (17 Oktober 2020)

•Kerajaan sedang memberi lebih perhatian kepada negeri Sabah ekoran situasi semasa COVID-19 yang melibatkan peningkatan kes agak tinggi berbanding negeri-negeri lain.

•Demografi Sabah yang luas serta jumlah penduduk yang ramai memerlukan kerajaan memberi fokus yang khusus kepada negeri ini.

•Pelbagai bantuan telah dihulurkan oleh kerajaan termasuk bantuan kewangan, tingkatkan keperluan kesihatan dan wujudkan Hospital Medan ATM serta menambah kekuatan anggota dan aset keselamatan bagi kawalan keselamatan di sempadan serta menambah jumlah SJR di negeri ini.

•Semua tindakan-tindakan ini adalah usaha kita bagi menyekat penularan wabak COVID-19 sekaligus memastikan keselamatan rakyat.

•Begitu juga di Sarawak yang memiliki kawasan perairan yang panjang juga memerlukan kawalan pertahanan dan keselamatan yang tinggi daripada sebarang pencerobohan.

1.Task Force Operasi Pematuhan

•2,913 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 12,744 anggota telah membuat 72,836 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP.

•3,351 pasar raya, 4,385 restoran, 1,296 kilang, 1,933 pasar awam/tani serta 3,447 tempat ibadah dan 1,147 tempat riadah telah diperiksa.

•PDRM telah menahan 467 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. 460 individu telah dikompaun, 6 diremab dan 1 dijamin.

•Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk:

oTidak memakai pelitup muka (182)
oGagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (110)
oPenjarakan fizikal (106)
oPremis beroperasi lebih masa (5)
oLain-lain (64)

2.Kawalan Sempadan Negara

•Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 58 PATI, serta merampas 2 bot dan 2 kenderaan darat.

•Rejimen Pertama Kor Armor Diraja telah berjaya menangkap 33 PATI di Felda Tenggaroh, Mersing, Johor.

•Sebanyak 265 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara yang melibatkan:

oPDRM – 191 SJR
oATM – 65 SJR
oAKSEM – 9 SJR

3.Operasi Sanitasi Awam

•KPKT telah melakukan 10,510 operasi sanitasi merangkumi 135 zon.

•Semalam, 28 operasi sanitasi meliputi 7 Zon Merah, 12 Zon Kuning dan 6 Zon Hijau di 10 buah negeri termasuk 1 Wilayah Persekutuan iaitu:

oSabah (7 operasi)
oKedah (5 operasi)
oTerengganu (4 operasi)
oPulau Pinang (3 operasi)
oSarawak (3 operasi)
oSelangor (2 operasi)
oJohor (1 operasi)
oPahang (1 operasi)
oPerak (1 operasi)
oWP Putrajaya (1 operasi)

•Operasi Sanitasi ini melibatkan 125 anggota JBPM serta 177 anggota PBT dan 9 dari agensi-agensi lain.

4.Kuarantin Wajib

•Seramai 49,923 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

•9,261 individu sedang jalani kuarantin wajib di 72 Hotel dan 16 premis termasuk Institut Latihan Awam serta Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan

•381 individu telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 40,281 individu telah di discaj dan dibenarkan pulang ke rumah.

5. Hospital Medan ATM

•Pagi ini TUDM telah melaksanakan penerbangan dari Pengkalan Udara Subang bagi misi menghantar kelengkapan Hospital Medan ATM ke Tawau, Sabah menggunakan pesawat angkut jenis A400M.

•Misi ini membawa lebih kurang 14 tan muatan terdiri daripada kelengkapan Hospital Medan dan peralatan perubatan lain.

•Penerbangan ini juga akan menghantar beberapa peralatan perubatan KKM dan Mercy Malaysia seperti PPE, Isolation Gown, Face Mask dan Tyvek Suit ke Kota Kinabalu bagi kegunaan pusat kesihatan di Sabah.

•Hospital Medan ATM di Komples Sukan Tawau, akan dioperasikan oleh Perkhidmatan Kesihatan ATM melalui Kor Kesihatan Diraja Malaysia dengan kerjasama KKM dengan kapasiti 100 katil termasuk 4 katil ICU yang akan memberi rawatan kepada kes-kes selain COVID-19.

•Hospital Medan ini dijangka beroperasi minggu hadapan.

•TUDM juga turut mengatur gerak pesawat C130H, 20 Skuadron dari PU Subang bagi menghantar peralatan perubatan KKM ke Sabah.

•ATM dan KKM juga turut wujudkan makeshift hospital di dalam fasiliti Penjara Pokok Sena

ah melibatkan 2 Blok Bangunan Bengkel sedia ada di dalam kawasan penjara utk menjadi fasiliti kesihatan sementara bagi merawat pesakit COVID-19 termasuk yang memerlukan bantuan oksigen.

•Fasiliti tersebut boleh menempatkan sehingga 250 orang jika perlu termasuk pesakit dari penjara-penjara di sekitar Kedah. Pusat ini di jangka beroperasi bermula Selasa, 20 Oktober 2020.

6.Aktiviti Sukan

•Sidang Khas hari ini bersetuju untuk membenarkan gimnasium beroperasi seperti biasa dengan SOP ketat.

• Bagi aktiviti di padang bola sepak komersial dan pusat futsal turut dibenarkan tetapi hanya bagi tujuan latihan sahaja dan terhad kepada 10 orang peserta pada satu-satu masa.

• Kebenaran ini akan berkuat kuasa bermula 19 Oktober 2020 dan SOP selanjutnya akan diumumkan oleh KBS dalam masa terdekat.

7.SOP

•kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan semua SOP asas PKPP masih lagi berkuat kuasa.

• Apa yang penting adalah disiplin dan kesedaran diri kita sendiri dalam mengamalkan kawalan kendiri untuk memastikan diri, keluarga dan masyarakat kita kekal selamat.









Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED