Translate

17 October 2020

LIVE COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 869 ( Loc- 869), Active Cases- 6,886 | Total Cases- 19,627 | New Death- 4 | Total Deaths- 180

Status Terkini Covid-19 Malaysia









1.Terkini: 17 Okt. Sebanyak 869 kes baharu #COVID19 dan semuanya kes tempatan. 90% kes dari kawasan PKPD, PKPB dan penjara. 302 pesakit sembuh, 5 kluster baharu, 4 lagi kematian. Pecahan kes antaranya Sabah (451), PP (189), Selangor (159), Kedah (38), KL (15).

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 17 Okt 2020 2.Kes sembuh=302 Jumlah kes sembuh=12,561 kes Kes baharu positif=869 (kes import=0, kes tempatan=869) Jumlah positif=19,627 kes Kes kematian=4 Jumlah kes kematian=180 kes Kes dirawat di ICU= 91 kes Bantuan Alat Pernafasan= 30 kes

3.441 kes positif mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah termasuk 4 kes baharu ini bagi tempoh 20 Sept - 17 Okt 2020.

4.PECAHAN KES BAHARU (869)
SABAH-451 234 saringan kontak rapat 54 dari kluster-kluster sedia ada 2 kluster Teduh (baharu) 161 lain-lain saringan P.PINANG-189 186 dari kluster-kluster sedia ada 3 saringan kontak rapat

SELANGOR-159 89 dari kluster-kluster sedia ada 23 kluster Keladi (baharu) 23 saringan kontak rapat 8 kluster Menara (baharu) 2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi 14 lain-lain saringan KEDAH-38 37 kluster Tembok 1 kluster Bah Lunas

KL-15 7 saringan kontak rapat 4 kluster Sentral (baharu) 3 kluster Menara (baharu) 1 saringan bergejala SARAWAK-4 4 kluster Bah Arnab PERAK-4 2 dari kluster-kluster sedia ada 1 kluster Menara (baharu) 1 saringan Depoh Tahanan Imigresen TERENGGANU-3 3 kluster Bah Bemban

JOHOR-2 1 kluster Buntar 1 saringan kontak rapat PUTRAJAYA-2 1 kluster Menara (baharu) 1 kluster Buntar N.SEMBILAN-1 1 saringan kontak rapat MELAKA-1 1 saringan kontak rapat

5. 302 kes sembuh telah dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes sembuh adalah sebanyak 12,561 kes.
Terima kasih kepada para petugas kesihatan yang bertugas di setiap fasiliti kesihatan!

6.Dukacita dimaklumkan terdapat 4 kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan kesemua kes warganegara kecuali kes ke-180. Kesemua kes kematian dilaporkan di Sabah. Setakat ini, jumlah keseluruhan kes kematian COVID-19 adalah sebanyak 180.

6.Negeri-negeri di Lembah Klang merangkumi 20.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 159 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 15 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 2 kes. Kesemua negeri-negeri ini adalah dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


7.KKM MEMPERTINGKATKAN KAPASITI BAGI MEMBENDUNG COVID-19 DI SABAH

KKM sememangnya memandang serius situasi penularan COVID-19 di negeri Sabah dari sejak awal peningkatan bilangan kes COVID-19 di sana. Banyak usaha telah dijalankan seperti meningkatkan kapasiti dan mobilisasi aset serta sumber manusia. Usaha-usaha ini dilakukan bagi memastikan sistem Kesihatan Awam dan Perubatan di negeri Sabah terus mampan dalam membendung situasi penularan COVID-19. Antara usaha yang telah dan sedang dijalankan termasuk:

1. Meningkatkan kapasiti ujian makmal RT-PCR dan RTK Antigen:

• Kapasiti ujian makmal di negeri Sabah telah ditingkatkan dua kali ganda. Pada bulan Julai 2020, kapasiti ujian RT-PCR di negeri Sabah adalah sebanyak 1,350 ujian. Kini, ianya telah dipertingkatkan kepada 2,600 ujian RT-PCR sehari.
• Penghantaran sampel RT-PCR setiap hari dilakukan ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dengan menggunakan perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pos Laju.
• Perkhidmatan penyumberluaran (outsourcing) kepada makmal swasta juga telah dilakukan. Misalnya pada 16 Oktober 2020, sebanyak 4,327 ujian telah disumberluarkan kepada makmal swasta agar lebih banyak saringan dapat terus dijalankan di lapangan.
• Penghantaran lebih banyak kit ujian RTK Antigen di mana mulai Oktober 2020, sebanyak 100,000 kit ujian RTK Antigen dihantar setiap bulan khususnya ke negeri Sabah untuk membantu saringan COVID-19 di lapangan.

2. Meningkatkan kapasiti katil di hospital COVID-19 serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC):

• Kini Sabah mempunyai sembilan (9) Hospital COVID-19 dan 21 PKRC.
• Bagi menampung peningkatan jumlah kes COVID-19 di negeri Sabah, jumlah katil hospital COVID-19 dan PKRC telah ditingkatkan 2.5 kali ganda, iaitu daripada 2,129 katil pada awal bulan September 2020 kepada jumlah terkini iaitu 5,414 katil. Kadar penggunaan katil (BOR) pada ketika ini adalah 35 peratus.
• Penyediaan hospital medan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Tawau yang akan menempatkan 100 katil bagi kegunaan pesakit bukan COVID-19 agar lebih banyak katil di Hospital Tawau boleh digunakan untuk pesakit COVID-19.

3. Meningkatkan kapasiti katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan alat mesin bantuan pernafasan (ventilator):

• Mesin ventilator dan katil ICU telah diperolehi bukan sahaja melalui perolehan menggunakan peruntukan khas oleh Kerajaan, malah turut diperoleh melalui sumbangan daripada pelbagai pihak.
• Khususnya untuk Sabah, terdapat sejumlah 180 ventilator yang disediakan di mana kadar penggunaan adalah sebanyak 32 peratus (ini termasuk juga penggunaan oleh kes-kes bukan COVID-19).
• Jumlah katil ICU di negeri Sabah kini adalah 122 katil, di mana kadar penggunaan adalah 72 peratus (ini termasuk juga penggunaan oleh kes-kes bukan COVID-19).
• Bagi meningkatkan jumlah katil ICU, KKM telah menyusun atur semula kawasan klinikal (repurposing of clinical areas) di beberapa fasiliti kesihatan di mana kawasan dalam hospital digunakan untuk diubah suai bagi tujuan rawatan pesakit kritikal COVID-19 (modular ward ICU). Ini membantu meningkatkan jumlah katil ICU yang sedia ada di negeri Sabah.
• Inovasi bagi membolehkan satu mesin ventilator digunakan oleh dua pesakit COVID-19 juga telah diperkenalkan. Inovasi ini dipanggil “ventilator splitter” iaitu menggunakan teknologi cetakan 3D (3D printing) yang mana telah turut dilaksanakan di beberapa buah negara lain.

4. Meningkatkan kapasiti dan mobilisasi tenaga sumber manusia Perubatan dan Kesihatan Awam:

• Mobilisasi pasukan bantuan melibatkan 767 orang anggota Perubatan dan Kesihatan Awam KKM dari pelbagai kategori dan skim perkhidmatan yang telah digerakkan ke Tawau, Lahad Datu, Semporna, Sandakan dan Kota Kinabalu secara dalaman negeri di Sabah dan juga dari negeri-negeri lain telah dilaksanakan. Lebih ramai anggota akan dihantar kelak, di mana 99 petugas akan bertolak ke Sabah dalam minggu ini dan minggu hadapan (36 orang petugas Kesihatan Awam dan 63 orang petugas Perubatan).
• KKM akan menjalankan lantikan secara kontrak (contract of service) bagi 1,899 petugas kesihatan, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu bagi lantikan. Ini akan dimobilisasikan bagi kegunaan di negeri-negeri yang memerlukan, khususnya di negeri Sabah.
• KKM juga telah mempergiatkan penglibatan lebih banyak anggota sukarelawan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sukarelawan individu dalam menangani krisis ini. Bilangan maklumbalas yang diterima daripada pihak yang berminat adalah amat memberangsangkan. Setakat ini, 4,794 pendaftaran telah diterima dan masih dalam proses saringan. Lebih ramai sukarelawan diseru untuk bersama-sama membantu KKM dalam usahasama ini. Setakat ini, dua (2) NGO telah menghantar 15 anggota mereka ke Sabah.

5. Penyumberluaran (outsourcing) perkhidmatan Perubatan bagi kes-kes bukan COVID-19:

• Bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan dan rawatan kepada kes-kes bukan COVID-19 tidak terjejas, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah berbincang dan menandatangani beberapa perjanjian dengan hospital swasta.
• Senarai Hospital Swasta yang terlibat dalam outsourcing ini adalah:
i. Institut Jantung Negara (IJN)
ii. Hospital Gleneagles Kota Kinabalu
iii. Hospital Gleneagles Pulau Pinang
iv. Hospital Pakar KPJ Sabah
v. Tawau Specialist Medical Centre
vi. Jesselton Medical Centre



Pergerakan 14 hari Taburan Kes COVID-19

Pergerakan 14 hari Taburan Kes Covid-19


Kes Baharu Lembah Klang



Kes Mengikut Mukim Negeri Kedah

Kluster Baharu

Kluster Baharu

Perkembangan harian covid-19 negeri Sabah



Status Terkini Pesakit Sembuh

Ringkasan Kes Covid-19


Kes Kematian Baharu


Kes Baharu Mengikut Negeri


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED