Translate

05 October 2020

Menteri Kanan Ismail Sabri Memberi Penjelasan Kenapa Sidang Medianya Dibatalkan Pada Minit Terakhir.

 

Kenapa Ismail Sabri batal sidang media petang tadi? Ini jawapannya...

Astro Awani
Kenapa Ismail Sabri batal sidang media petang tadi? Ini jawapannya...
Menurut Ismail Sabri, pembatalan itu terpaksa dilakukan kerana beliau menjalani ujian saringan COVID-19 dan kuarantin kendiri. -Gambar fail
KUALA LUMPUR : Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini menjelaskan punca pembatalan sidang media yang dijadualkan berlangsung petang tadi.
Melalui perkongsian terbaharu di Facebook, katanya pembatalan itu terpaksa dilakukan bagi membolehkan beliau menjalani ujian saringan COVID-19 dan melakukan proses kuarantin kendiri.
Langkah itu diambil segera selepas beliau menerima maklumat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif COVID-19 pada Isnin.
"Ramai orang persoalkan kenapa tiba-tiba saya membatalkan sidang media saya hari ini. Sebenarnya pagi tadi saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk membincangkan tindakan seterusnya untuk mengawal penularan COVID-19 seperti memperkenalkan PKPB zon Kota Kinabalu termasuk Penampang dan Putatan.
"Selepas habis mesyuarat, saya dimaklumkan bahawa Menteri Hal Ehwal Agama didapati positif COVID-19. Saya berada di dalam mesyuarat tersebut. Oleh itu saya membuat keputusan segera untuk membuat swab test dan balik ke rumah untuk ‘self-quarantine’," jelasnya.
Sumber Facebook ismailsabri60
Pada masa sama, Ismail Sabri menjelaskan tindakan itu juga bertujuan mengelakkan pengamal media terdedah kepada risiko.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berharap keputusan ujian saringan yang akan dikeluarkan esok adalah negatif.
"Insya-Allah esok keputusan swab test saya itu akan keluar. Doakan agar keputusan swab test nanti negatif," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ahmad Zahid ucap tahniah kepada PM Wong atas kemen' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 51 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'KEHILANGAN PAMELA LING TIADA TUNTUTAN WANG TEBUSAN' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 1 hr 52 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed '12 saksi diambil keteranga' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '12 saksi diambil keteranga' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar' 2 hrs 25 mins ago