Translate

24 October 2020

LIVE- Sidang Media PKPP | Oleh DS Ismail Sabri - Menteri Kanan Pertahanan


 

             

SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 

Ingkar #PKPP: 585 individu ditahan dengan 569 dikompaun, 13 direman dan tiga diikat jamin semalam - Ismail Sabri

PKPP | OP Benteng Tahan 27 PATI Lapan kenderaan darat turut dirampas. OP Benteng kini dalam lebih fokus kepada tindakan pengusiran berbanding tangkapan. Langkah itu bagi mengelakkan kenaikan kes jangkitan COVID-19 terhadap tahanan sedia ada.

53,659 rakyat Malaysia pulang ke tanah air sejak 24 Julai hingga semalam - Ismail Sabri

 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB di Sabah dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula 27 Okt hingga 9 November 2020-Ismail Sabri

PKPP | PKPD Asrama Pekerja Tropicana Ditamatkan Esok Walaupun PKPD di lokaliti itu ditamatkan namun asrama terbabit masih tertakhluk kepada PKPB yang dikuatkuasakan di seluruh Selangor.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 24 Okt 2020 1.Task Force Operasi Pematuhan •3,105 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 12,666 anggota telah membuat 54,804 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
•Sebanyak 3,324 pasar raya, 4,383 restoran, 1,142 kilang, 1,150 pasar awam/tani serta 3,522 tempat ibadah dan 1,266 tempat riadah telah diperiksa.
•PDRM telah menahan 585 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Seramai 569 individu telah dikompaun, 13 direman dan 3 dijamin.
Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk: oTidak memakai pelitup muka (224) oPenjarakan fizikal (199) oGagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (96) oLain-lain (66)

2. Kawalan Sempadan Negara •Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 27 PATI, serta merampas 8 kenderaan darat. •Sebanyak 297 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara melibatkan: oPDRM– 223 SJR oATM – 65 SJR oAKSEM– 9 SJR
•Pada waktu ini, OP Benteng lebih memfokuskan kepada pendekatan pengusiran terhadap PATI berbanding tangkapan.

3. Operasi Sanitasi Awam •KPKT telah melakukan 10,781 operasi sanitasi merangkumi 136 zon. •Semalam, sebanyak 36 operasi sanitasi meliputi 14 Zon Merah, 10 Zon Kuning dan 4 Zon Hijau di 10 buah negeri iaitu:
oKedah (5 ops) oSabah (9 ops) oPulau Pinang (5 ops) oMelaka (4 ops) oPerak (4 ops) oTerengganu (3 ops) oNegeri Sembilan (3 ops) oSelangor (2 ops) oPahang (1 ops) oJohor (1 ops) oW.P Kuala Lumpur (2 ops) oLabuan (1 ops) oPutrajaya (1 ops)
•Operasi Sanitasi ini melibatkan 245 anggota JBPM, 164 anggota pihak PBT dan 24 dari agensi-agensi lain.

4.Kuarantin Wajib •Seramai 53,659 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
•8,378 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 67 Hotel dan 17 premis termasuk Institut Latihan Awam serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.
•381 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 44,900 individu dibenarkan pulang ke rumah.

5. Tapak Binaan •Semalam, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah membuat pemeriksaan di 131 tapak binaan di seluruh Malaysia. •Pemeriksaan CIDB mendapati, 86 tapak pembinaan mematuhi SOP yang telah ditetapkan, manakala 45 tapak lagi tidak beroperasi.

6.Penamatan PKPD Asrama Pekerja Tropicana • Sehingga semalam, KKM telah membuat sebanyak 503 saringan di Asrama Pekerja Tropicana dan 23 kes positif direkodkan. Kesemuanya telahpun menerima rawatan di hospital manakala kontak rapat telahpun diarahkan menjalani kuarantin wajib.
• Atas cadangan MKN Selangor dan nasihat MKN, Sidang khas bersetuju menamatkan PKPD di Asrama Pekerja Tropicana Petaling Jaya pada 25 Oktober 2020 seperti yang dijadualkan. Walaubagaimanapun, lokaliti ini masih tertakluk di bawah pelaksanaan PKPB bagi seluruh negeri Selangor

7.Pelanjutan PKPB di Seluruh Negeri Sabah •Ketika ini KKM masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk dan sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif yang tinggi dikesan dalam kalangan penduduk di seluruh Negeri Sabah.
•Sehubungan itu, atas cadangan MKN Sabah dan nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPB di seluruh Negeri Sabah selama 14 hari lagi bermula 27 Oktober 2020 sehingga 9 November 2020.

8. PKPD Taman Semarak dan PPR Balung, Tawau •Sidang Khas bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan 2 lokaliti ini yang akan berkuatkuasa 26 Oktober 2020 sehingga 8 November 2020 melibatkan 4,266 buah rumah dan 21,470 penduduk.
•Dengan pelaksanaan perintah ini semua penduduk dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya: •Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada kawasan PKPD.
•Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar zon tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada PDRM. •Semua sekolah, masjid dan rumah ibadat lain ditutup sepanjang tempoh ini.
•Kelonggaran diberikan kepada kedai-kedai runcit untuk beroperasi namun dihadkan mulai jam 6.00 pagi sehingga jam 6.00 petang. •Aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan.
•KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk yang terlibat. •Bekalan makanan bagi yang memerlukan akan diagihkan oleh Kerajaan negeri yang akan dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.
•Bagi memastikan pematuhan perintah ini, PDRM, ATM, APM, RELA, PBT dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat •Maklumat lanjut dan SOP berkaitan boleh rujuk di laman sesawang MKN.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED