Translate

22 October 2020

LIVE- Sidang Media PKPP | Oleh DS Ismail Sabri - Menteri Kanan Pertahanan


Sidang media Perkembangan Terkini mengenai PKPP oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob | 22 Oktober 2020

Polis tahan 636 individu ingkar #PKPP , dengan 595 dikompaun, 38 direman, tiga diikat jamin

Sejumlah 52,611 rakyat Malaysia pulang ke tanah air sejak 24 Julai hingga semalam

PKPD di Anjung Teduh, Felda Sahabat di Lahad Datu berkuat kuasa 24 Okt hingga 6 Nov

PKPP | Dakwaan Kerajaan Tidak Sanitasi Kawasan Penularan Tidak Benar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjawab dakwaan netizen yang mempersoal tindakan Malaysia tidak melakukan sanitasi awam.

Ada sedikit kelonggaran SOP bagi mereka tinggal dalam kawasan PKPD, kedai runcit dibenarkan beroperasi untuk penduduk membeli barangan keperluan mereka..- Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri @IsmailSabri60


UPDATED:


Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 22 Okt 2020

1.Task Force Operasi Pematuhan

•2,999 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 13,003 anggota telah membuat 44,230 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP.

• Sebanyak 3,512 pasar raya, 4,380 restoran, 1,196 kilang, 1,678 pasar awam/tani serta 3,077 tempat ibadah dan 1,263 tempat riadah telah diperiksa.

• PDRM telah menahan 636 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Seramai 595 individu telah dikompaun, 38 direman dan 3 dijamin

• Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk:

o Tidak memakai pelitup muka (279)
o Penjarakan fizikal (130)
o Gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (82)
o Aktiviti perjudian (23)
o Lain-lain (122)

2.Kawalan Sempadan Negara

• Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 27 PATI, serta merampas 9 kenderaan darat.

• Sebanyak 320 SJR Op Benteng juga dilakukan diseluruh negara melibatkan:

o PDRM – 246 SJR
o ATM – 65 SJR
o AKSEM – 9 SJR

3.Operasi Sanitasi Awam

• KPKT telah melakukan 10,653 operasi sanitasi merangkumi 135 zon.

• Semalam, sebanyak 33 operasi sanitasi meliputi 6 Zon Merah, 11 Zon Kuning dan 11 Zon Hijau di 11 buah negeri iaitu:

o Sarawak (7 operasi)
o Kedah (7 operasi)
o Sabah (6 operasi)
o Pulau Pinang (4 operasi)
o Pahang (2 operasi)
o Terengganu (2 operasi)
o Perlis (1 operasi)
o Perak (1 operasi)
o Selangor (1 operasi)
o WP Kuala Lumpur (1 operasi)
o WP Putrajaya (1 operasi)

• Operasi Sanitasi ini melibatkan 183 anggota JBPM serta 178 anggota PBT dan agensi-agensi lain.

4. Kuarantin Wajib

• Seramai 52,611 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

• 8,248 individu sedang jalani kuarantin wajib di 65 Hotel dan 17 premis termasuk Institut Latihan Awam serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

• 381 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 43,982 individu telah discaj dan dibenarkan pulang ke rumah.

5. PKPD Anjung Teduh FELDA Sahabat Lahad Datu.

• Sidang Khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti Anjung Teduh FELDA Sahabat Lahad Datu, berkuatkuasa 24 Oktober 2020 sehingga 6 November 2020.

• PKPD ini akan melibatkan 544 unit rumah dengan seramai 4,629 orang penduduk.

• Dengan pelaksanaan perintah ini semua penduduk dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya:

• Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada kawasan PKPD.

• Kelonggaran akan diberikan terhadap aktiviti perniagaan kedai runcit untuk beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga 6.00 petang bagi memberi peluang kepada penduduk membeli barang keperluan asas.

• Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada PDRM.

• KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk yang terlibat.

• Bekalan keperluan makanan bagi yang memerlukan akan diagih oleh Kerajaan Negeri yang akan dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.

• Bagi memastikan pematuhan perintah ini, PDRM, ATM, APM, RELA, PBT dan pegawai yang diberi kuasa akan mengawal seluruh kawasan terlibat.

• Maklumat lanjut dan SOP berkaitan boleh rujuk di laman sesawang MKN.

6.Pelanjutan PKPD 6 Lokaliti Di Semporna Dan Satu Lokaliti Di Kunak

• Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 6 lokaliti di Semporna iaitu Kampung Bangau-Bangau, Kampung Panji, Kampung Air, Kampung Selamat, Kampung Simunul, Kampung Pinggir Bakau dan satu lokaliti di Kunak iaitu Kampung Pangkalan dilanjutkan bermula 24 Oktober 2020 sehingga 6 November 2020

• Sedikit kelonggaran akan diberikan terhadap aktiviti perniagaan kedai runcit untuk beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga 6.00 petang bagi memberi peluang kepada penduduk membeli barang keperluan asas.

7. PKPD Di Penjara Zon Utara Dan Zon Selangor

•Hari ini Sidang khas mendengar pembentangan daripada KDN berkenaan situasi penularan COVID-19 di beberapa lagi penjara melibatkan 5 penjara di Zon Utara dan 4 penjara di Zon Selangor iaitu:

Zon Utara
• Pusat Koreksional Perlis
• Penjara Sungai Petani
• Penjara Taiping
• Pusat Koreksional Kamunting
• Penjara Tapah

Zon Selangor
• Penjara Reman Sungai Buloh
• Penjara Kajang
• Penjara Wanita Kajang
• Pusat Koreksional Puncak Alam

•Sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD di penjara Zon Utara dan Zon Selangor serta kuarters perumahan penjara berkuatkuasa bermula 22 Oktober 2020 sehingga 4 November 2020.

•SOP bagi PKPD di kesemua penjara dan kuarters penjara ini adalah sama seperti SOP PKPD penjara yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Antara SOP yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

• Pergerakan keluar masuk tidak dibenarkan melibatkan kawasan ini termasuk lawatan oleh ahli keluarga tahanan adalah tidak dibenarkan.

• Pergerakan staf penjara ditentukan berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Jabatan Penjara Malaysia

• Tahanan yang akan dibebaskan semasa tempoh PKPD akan diasingkan daripada tahanan yang lain.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED