Translate

11 October 2020

LIVE – PKPP: Sidang Media MKN oleh DS Ismail Sabri Menteri Kanan (Kluster Keselamatan)




 

            

1.Task Force Operasi Pematuhan •2,534 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 11,721 anggota telah membuat 49,933 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

•3,263 pasar raya, 4,498 restoran serta 1,478 penjaja, 1,686 pasar awam/tani serta 3,043 tempat ibadah dan 1,343 tempat riadah telah diperiksa. •PDRM telah menahan 674 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP, 583 dikompaun dan 91 direman.

3. Operasi Sanitasi Awam •KPKT telah melakukan 10,380 operasi sanitasi merangkumi 135 zon. •Sebanyak 28 operasi sanitasi meliputi 6 Zon Merah, 8 Zon Kuning dan 8 Zon Hijau di 10 buah negeri iaitu:
oSabah (7 operasi) oKedah (5 operasi) oPulau Pinang (4 operasi) oTerengganu (3 operasi) oSarawak (3 operasi) oPerlis (1 operasi) oMelaka (1 operasi) oPerak (1 operasi) oPahang (1 operasi) oNegeri Sembilan (1 operasi) oWilayah Persekutuan Putrajaya (1 operasi)

4. Kuarantin Wajib •46,247 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
•Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk: oAktiviti di pusat hiburan (325) oTidak memakai pelitup muka (170) oGagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (80) oPenjarakan fizikal (53)

5. Berita Palsu •Sebanyak 270 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan SKMM. 133 masih dalam siasatan, 35 kes telah didakwa di mahkamah, 19 mengaku salah, dan 12 diberikan notis amaran. 388 penafian dan penjelasan telah diperjelaskan oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) KKMM
•130 individu pula telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 36,417 individu telah discaj dan dibenarkan pulang ke rumah.
•9,700 individu sedang jalani kuarantin wajib di 68 Hotel dan 17 premis termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.
•Operasi melibatkan 137 anggota JBPM serta 196 anggota PBT dan 14 dari agensi-agensi lain.

6. PKPD Taman Khazanah Indah Dan PPR Mutiara Kasih •Sidang bersetuju untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih yang akan berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 13 - 26 Oktober 2020 melibatkan 5,452 penduduk

7. PKPB Kota Belud •Kerajaan bersetuju untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Daerah Kota Belud yang berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 13 Oktober 2020 sehingga 26 Oktober 2020.
•Bekalan keperluan makanan akan diagihkan oleh Kerajaan negeri yang dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri. •PDRM, ATM, APM, RELA, PBT dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat. Maklumat lanjut dan SOP, rujuk laman sesawang MKN
•Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar zon tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada PDRM •KKM akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk yang terlibat.
•Semua penduduk dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya: •Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada rumah masing-masing. •Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.


8.SOP •Semua SOP asas PKPP masih lagi berkuat kuasa dan masih ada tangkapan dibuat terhadap individu yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.
•Sektor pekerjaan perkhidmatan perlu (essential service), perikanan, perladangan, pertanian dibenarkan. •Semua sekolah, tadika,institusi pengajian tinggi, masjid dan rumah ibadat ditutup sepanjang tempoh ini. •Aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya tidak dibenarkan
•Pasar borong, pasar malam, pasar tani, kedai barang keperluan, kedai runcit dibenarkan beroperasi. •Kedai-kedai makan, warung juga boleh dibuka tetapi terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away. •Farmasi dan klinik juga dibenarkan beroperasi.
•Hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan untuk keluar bagi tujuan mendapatkan makanan/keperluan. •Sektor ekonomi berkaitan perkhidmatan perlu (essential service) termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan.


PKPB akan dilaksanakan di Kota Belud berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam, 13 hingga 26 Oktober 2020 berikutan berlakunya pertambahan kes di daerah berkenaan.

PKPD dilaksanakan di Taman Khazanah Indah dan PPR Mutiara Kasih di Lahad Datu berkuatkuasa 13 hingga 26 Okt -DS

Op Benteng: 80 pendatang ditahan, satu bot dan satu kenderaan darat dirampas semalam

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED