Translate

01 June 2024

Polis kesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai

 Polis kesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai

Bernama

01/06/2024Polis kesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai

Tular di media sosial video memaparkan beberapa individu mengambil sebuah guni dari dalam sungai dan mendapati terdapat bangkai kucing di dalamnya. - Foto FB Persatuan Haiwan Malaysia

Polis kesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai

Tular di media sosial video memaparkan beberapa individu mengambil sebuah guni dari dalam sungai dan mendapati terdapat bangkai kucing di dalamnya. - Foto FB Persatuan Haiwan Malaysia

GEORGE TOWN: Polis sedang mengesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Sebelum ini tular di media sosial video berdurasi 66 saat memaparkan beberapa individu mengambil sebuah guni dari dalam sungai dan mendapati terdapat bangkai kucing dalam guni yang berikat itu.



Sementara itu, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika berkata kejadian seumpama itu bukan kali pertama dan pihaknya telah menerima maklumat berkaitan insiden sama beberapa kali sebelum ini.

Bagi kes kali ini, beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan oleh seorang individu yang mengaku melihat seorang lelaki yang juga penduduk di kawasan itu, membuang guni berisi seekor kucing hidup ke dalam sungai tersebut kira-kira 8.30 pagi semalam.

"Perbuatan zalim kali ini berlaku di tempat sama kerana sebelum ini pernah juga berlaku, namun (kali ini) sempat ditonton oleh saksi yang selama ini tertanya-tanya siapakah yang sering bungkus kucing dalam guni berikat dan lempar ke sungai sehingga kucing mati," katanya.

Beliau berkata individu berkenaan yang juga wakil persatuan itu di Pulau Pinang telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED