Translate

22 October 2020

LIVE COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 847, Total Cases- 23,804 | Active Cases- 8,183 | New Death- 5. Total Deaths- 204

Confirmed Cases





1.Terkini. 22 Okt. Sebanyak 847 kes baharu #COVID19 iaitu 842 kes tempatan dan 5 import. Antaranya Sabah (578), Selangor (137), N. Sembilan (38 termasuk 33 pelajar tahfiz di Senawang), Labuan (29) dan KL (23). 486 pesakit sembuh dan 5 kematian baharu.

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 22 Okt 2020 2.Kes sembuh=486 Jumlah kes sembuh=15,417 kes Kes baharu positif=847 (kes import=5, kes tempatan=842) Jumlah positif=23,804 kes Kes kematian=5 Jumlah kes kematian=204 kes Kes dirawat di ICU=90 kes Bantuan Alat Pernafasan=29 kes

3.PERINCIAN KES BAHARU (847)
SABAH-578 223 dari kluster-kluster sedia ada termasuk kluster Tinusa dan Sauh (baharu) 210 saringan kontak rapat 145 lain-lain saringan SELANGOR-137 59 dari kluster-kluster sedia ada termasuk kluster Jambu (baharu) 55 dari saringan kontak rapat
8 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi 10 lain-lain saringan COVID-19 4 import dari India 1 import dari Amerika Syarikat N.SEMBILAN-38 33 dari kluster Sofi (baharu) 4 kontak rapat 1 lain-lain saringan COVID-19

LABUAN-29 25 dari kluster-kluster sedia ada 4 saringan kontak rapat KL-23 9 dari kluster-kluster sedia ada termasuk 1 kluster Bah Mutiara (baharu) 7 saringan kontak rapat 2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi 5 lain-lain saringan COVID-19

PERAK-14 6 kluster-kluster sedia ada 6 saringan kontak rapat 2 lain-lain saringan P.PINANG-10 8 dari kluster-kluster sedia ada 2 saringan kontak rapat PUTRAJAYA-4 3 dari kluster sedia ada 1 lain-lain saringan COVID-19 KEDAH-3 3 dari kluster sedia ada

MELAKA-3 2 dari kluster-kluster sedia ada termasuk kluster Umboo (baharu) 1 saringan kontak rapat KELANTAN-3 2 saringan kontak rapat 1 dari kluster sedia ada PAHANG-2 1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi 1 dari kluster sedia ada

TERENGGANU-1 1 lain-lain saringan COVID-19 JOHOR-1 1 lain-lain saringan COVID-19 SARAWAK-1 1 saringan kontak rapat
























Kenyataan Akhbar KPK 22 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 486 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 15, 417 kes (64.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kesyang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (250 kes);
  • Selangor (109 kes);
  • Kedah (67 kes);
  • Pulau Pinang (30 kes);
  • Perak (13 kes);
  • Johor (9 kes);
  • Sarawak (6 kes); dan
  • Terengganu (2 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, Negeri Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 578 kes (68.2 peratus). Ini adalah hasil usaha gigih yang dijalankan di negeri Sabah, di mana lebih banyak petugas kesihatan telah dimobilisasikan daripada Semenanjung Malaysia dan juga dari dalaman negeri Sabah untuk terus menjalankan saringan di lapangan. Pada masa yang sama, lebih banyak ujian makmal RT-PCR telah dapat dijalankan di Sabah dan dihantar ke Semenanjung Malaysia, di samping pertambahan ujian saringan RTK Antigen untuk ujian segera dijalankan di lapangan.

Manakala negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan pertambahan sebanyak 164 kes (19.4 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Daripada 164 kes baharu, 71 kes (43.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Untuk makluman, negeri-negeri ini telah pun diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 yang dilihat semakin serius.

Secara keseluruhan, sebanyak 13 kes (1.6 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Reman, Kluster Tembok dan saringan di Penjara Taiping dan Penjara Tapah. Kes-kes ini sememangnya terasing dan tidak menjangkiti masyarakat. Sebanyak 11 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 465 kes.

Secara keseluruhannya sehingga 22 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 847 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 23,804 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 8,183 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 847 kes baharu yang dilaporkan, terdapat lima (5) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan di Selangor yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara iaitu dari negara;

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 578 kes
    • 223 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tinusa dan Kluster Sauh;
    • 210 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 145 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 132 kes
    • 59 kes daripada kluster-kluster termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jambu;
    • 55 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lapan (8) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 38 kes
    • 33 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sofi;
    • Empat (4) kes kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 29 kes
    • 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Empat (4) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 23 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Mutiara;
    • Tujuh (7) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 14 kes 
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 10 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada.
  • Melaka: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Umboo; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kelantan: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Pahang: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 90 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lima (5) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 204 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes KematianKes No.NegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang 
20015063KedahPerempuan (WN)67Hospital Sultanah BahiyahPenyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia 
20111865SabahPerempuan (WN)65Hospital Queen Elizabeth 
202 23533SabahLelaki (WN)88Hospital Duchess of Kent 
203 23534SabahLelaki (WN)78Hospital TuaranStrok 
20423535SabahPerempuan (BWN)60Hospital Duchess of Kent 

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

ENAM (6) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER TINUSA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12844) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 6 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 33 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 586 individu telah disaring, di mana:

  • 33 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 486 individu negatif; dan
  • 67 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER SAUH

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Papar di negeri Sabah serta daerah Miri di negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-16540 dan kes ke-17508) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 13 Oktober 2020. Kes ke-16540 telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan kes ke-17508 telah dimasukkan ke Hospital Miri, Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lagi 15 kes positif COVID-19.

Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 149 individu telah disaring, di mana:

  • 17 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu); dan
  • 132 individu negatif.

3) KLUSTER JAMBU

Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19367) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pra pembedahan pada 16 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 13 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana:

  • 15 kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu); dan
  • 124 masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER SOFI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22198) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 20 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Rembau. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 33 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 160 individu telah disaring, di mana:

  • 34 kes dikesan positif COVID-19 (33 kes baharu);
  • 11 individu negatif; dan
  • 115 masih menunggu keputusan.

5) KLUSTER BAH MUTIARA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor serta daerah Titiwangsa dan Lembah Pantai di WP Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-10507) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 23 Oktober 2020. Kes juga mempunyai sejarah pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 96 individu telah disaring, di mana:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu); dan
  • 86 individu masih menunggu keputusan.

6) KLUSTER UMBOO

Kluster baharu ini melibatkan daerah Alor Gajah di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-21322) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di Depoh Tahanan Imigresen pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tiga (3) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 22 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 373 individu telah disaring, di mana:

  • Empat (4) kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 218 individu negatif; dan
  • 151 individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 22 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH5789,868
SELANGOR137 (5)3,742
W.P. KUALA LUMPUR232,909
KEDAH31,967
NEGERI SEMBILAN381,157
JOHOR1841
SARAWAK1770
PULAU PINANG10692
PERAK14445
PAHANG2391
MELAKA3305
KELANTAN3178
TERENGGANU1164
W.P. LABUAN29198
W.P. PUTRAJAYA4139
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN847 (5)23,804

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(22 Oktober 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
          
1Penjara KepayanSabahKota Kinabalu1555821,208580 (0)20
2Tujuh SerangkaiSabahTuaran302252,65570 (0)1541
3SagukingWP LabuanLabuan165753357 (0)00
4Ramai-RamaiSabahSandakan15210752138 (1)720
5AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya, Kuala Selangor108469784 (0)00
6UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Alor Gajah, Lembah Pantai8206882155 (0)510
7SimeraTerengganu,Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, WP Putrajaya, KelantanBesut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru, Putrajaya, Tanah Merah87587260 (0)150
8Bah BundleWP Labuan, JohorLabuan, Johor Bahru83064527 (0)30
9CahayaSelangor, Negeri SembilanPetaling, Tampin8268426 (0)00
10Penjara RemanPulau PinangTimur Laut64073,991238 (0)1681
11SuratSabahSandakan63817317 (0)210
12MerbokSelangorKuala Langat, Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor62470219 (0)50
13MelatiWP Kuala Lumpur, Selangor, PahangTitiwangsa, Klang, Kepong, Kuantan61521114 (0)10
14MenaraSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah57338266 (0)70
15HentianSelangorHulu Langat55512755 (0)00
16Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Seremban, Port Dickson4641,53745 (0)190
17TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama31,5867,552713 (4)8712
18LautSabahKunak312461749 (0)750
19BuntarKedah, Perak, WP Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan34054739 (0)10
20LongSelangor, WP Kuala LumpurHulu Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong32130121 (0)00
21InaiSabahKudat31121811 (0)00
22Bah KasturiNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Selangor, PerakSeremban, Cheras, Titiwangsa, Petaling,  Putrajaya, Klang,  Kuala Langat, Hulu, Langat, Gombak, Muallim22863516 (0)120
23AlmaPulau PinangSeberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara22827628 (0)00
24BasungSabahKudat22117421 (0)00
25KasihSabahLahad Datu, Kota Kinabalu1651,86834 (0)310
26Sungei WaySelangor, WP Kuala Lumpur, Pulau PinangPetaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Timur Laut, Seberang Perai Utara15734137 (0)200
27TanameraSabahTawau1508632 (0)180
28KeladiSelangorKlang13122631 (0)00
29Bah KenanganSelangorHulu Langat1264312 (0)140
30KhazanahSabahLahad Datu1211,43914 (0)70
31BukitMelakaMelaka Tengah, Jasin, Alor Gajah11628416 (0)00
32Jalan PantaiWP Kuala Lumpur, SelangorLembah Pantai, Petaling1124676 (0)60
33Bah BangatWP LabuanLabuan1118033 (0)80

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED