Translate

22 October 2020

LHDN Saran Urusan Dalam Talian, Operasi Kaunter Berubah

 Lembaga Hasil Dalam Negeri 

PKPB: LHDN saran urusan dalam talian, operasi kaunter berubah
BERNAMA
22/10/2020 


PUTRAJAYA, 22 Okt -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyarankan pembayar cukai yang terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian.

Menurut kenyataan LHDN hari ini, terdapat perubahan waktu operasi kaunter di cawangan dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) yang terlibat dengan PKPB iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah.

LHDN berkata waktu operasi kaunter setempat bagi perkhidmatan percukaian di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor ialah dari 8 pagi hingga 1 tengah hari dari Isnin hingga Jumaat.

Waktu operasi bagi kaunter pusat bayaran Kuala Lumpur untuk bayaran tunai dan selain tunai ialah dari 8 pagi hingga 1 tengah hari dari Isnin hingga Jumaat.

Kaunter duti setem di pejabat setem cawangan dan PKH di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor pula beroperasi dari 8 pagi hingga 1 tengah hari dari Isnin hingga Jumaat, bagaimanapun penerimaan bayaran adalah sehingga 12 tengah hari sahaja.

Bagi Labuan, LHDN berkata kaunter setempat bagi perkhidmatan percukaian akan beroperasi dari 8 pagi hingga 1 tengah hari dari Isnin hingga Jumaat.

Kaunter duti setem di pejabat setem cawangan dan PKH di Labuan akan beroperasi dari 8 pagi hingga 1 tengah hari dengan penerimaan bayaran sehingga 11 pagi sahaja, katanya.

Bagi Sabah, LHDN berkata waktu operasi kaunter setempat bagi perkhidmatan percukaian ialah dari 8 pagi hingga 1 tengah hari dari Isnin hingga Jumaat.

Waktu operasi bagi kaunter pusat bayaran Kota Kinabalu dari Isnin hingga Jumaat ialah dari 8 pagi hingga 11.30 pagi bagi bayaran tunai dan 8 pagi hingga 1 tengah hari bagi bayaran selain tunai, katanya.

Kaunter duti setem di pejabat setem cawangan dan PKH di Sabah akan beroperasi dari 8 pagi hingga 1 tengah hari dari Isnin hingga Jumaat dengan penerimaan bayaran hingga 11 pagi sahaja.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED