Translate

16 October 2020

Lelaki Tumbuk Bomba Direman Empat Hari (1 Video)

Lelaki Tumbuk Bomba Direman Empat Hari




Serang Anggota Bomba Ketika Bertugas, Pengurus Acara Direman Empat Hari
Lelaki Tumbuk Bomba Direman Empat Hari
Astro Awani
16 Oktober 2020


KAJANG: Seorang lelaki yang menumbuk anggota bomba selepas terlibat kemalangan jalan raya di Cheras Perdana pada Khamis direman empat hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Kajang, Sharifah Fazilah Zulkefli bermula 16 Oktober hingga 19 Oktober.

Dalam kejadian pada Khamis, suspek yang merupakan seorang pengurus acara menumbuk seorang anggota bomba selepas dia dihalang menghampiri keretanya yang terbakar.

Malah, suspek bertindak agresif dan mengamuk di lokasi sehingga menyebabkan anggota bomba bergelut dan terpaksa menahannya.

Sebelum itu, kenderaan dipandu suspek melanggar dua buah kenderaan lain dan mengakibatkan kenderaannya mengalami kerosakan teruk dan terbakar.

Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 / 353 Kanun Keseksaan dan siasatan kes kemalangan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kes terbabit tular di media sosial dengan beberapa rakaman video memaparkan suspek menumbuk anggota bomba dan mengamuk sebelum berjaya ditahan.


Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED