Translate

05 October 2020

Kakitangan NSTP Positif COVID-19 Selepas Pulang Dari Sabah - Media Prima (1 Video)





Kakitangan NSTP positif COVID-19
Kakitangan NSTP positif COVID-19 selepas pulang dari Sabah - Media Prima
BERNAMA
05/10/2020 01:41 PM


KUALA LUMPUR, 5 Oktober -- Media Prima Berhad (Media Prima) hari ini mengesahkan seorang kakitangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) telah didiagnosis dengan COVID-19 selepas pulang daripada membuat liputan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah.

Media Prima dalam kenyataan memaklumkan kakitangan itu kini berada di bawah jagaan hospital kerajaan.

“Kakitangan berkenaan kembali daripada tugas editorial di Sabah pada 30 Sept lepas dan telah melakukan ujian wajib COVID-19 yang dikendalikan Kementerian Kesihatan (KKM). Kakitangan yang terlibat itu telah menjalani kuarantin kendiri di rumah sejak pulang, sebelum dilaporkan sebagai kes positif,” menurut kenyataan itu.

Media Prima kini bekerjasama rapat dengan KKM dan telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk meminimumkan potensi pendedahan kepada pekerja lain.

Kenyataan itu menambah, kakitangan yang dijangkiti itu tidak mengunjungi mana-mana premis Media Prima sejak pulang dari Sabah.

“Media Prima akan memberikan sokongan yang diperlukan kepada kakitangan terlibat. Kami mendoakan kakitangan itu cepat sembuh,” menurut kenyataan itu.

Media Prima menekankan bahawa kumpulan itu mementingkan keselamatan kakitangannya, dan mereka yang pulang daripada tugas di Sabah telah melakukan ujian COVID-19 dan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari di rumah.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED