Translate

22 October 2020

Ibu Tunggal Anak Tujuh Yang Tawar Khidmat Seks Didenda RM4,000 (1 Video)

Seorang tukang urut wanita didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret, Kangar hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks 



Ibu tunggal 7 anak didenda RM4,000 

Ibu tunggal anak tujuh didenda RM4,000 kerana tawar khidmat seks
Astro Awani
22 Oktober 2020


KANGAR: Seorang tukang urut wanita didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret, Kangar hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks di sebuah rumah di Behor Temak pada 16 Oktober lalu.

Tertuduh, Suryati Salleh, 37, yang juga seorang ibu tunggal membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menawarkan khidmat seks bagi maksud persundalan di sebuah rumah dekat Taman Jaya Diri, Behor Temak, di sini.

Kesalahan itu dilakukan pada jam 11.20 malam 16 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum setahun atau denda atau keduanya sekali.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Por Yi Tying manakala tertuduh diwakili oleh Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Wan Nursyaheedah Wan Najmi dan Nur Diyana Ab Shukor.

Wan Nursyaheedah dalam rayuannya memohon agar tertuduh dikenakan hukuman yang ringan memandangkan tertuduh hanya bekerja sebagai tukang urut di sebuah spa dan perlu menyara tujuh orang anak berusia antara tiga hingga 17 tahun.

Mahkamah menetapkan tertuduh didenda sebanyak RM4,000 dan sekiranya gagal membayar denda, dia akan dipenjara selama lapan bulan.

Sementara itu, di mahkamah yang sama dua lelaki berusia 30 dan 36 tahun yang berpakaian wanita turut didenda RM4,000 atas kesalahan yang sama di sebuah hotel di daerah ini pada 19 Oktober lalu.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED