Translate

08 October 2020

Dato Seri, Dato , Anggota Polis Ditahan disyaki terlibat dalam Sindiket Macau Scam 'mencuci' ratusan juta ringgit (2 Videos)


CUCI WANG | 6 Pegawai & Anggota Polis  

Sindiket 'cuci duit' : Tiga pegawai, dua anggota polis ditahan - Acryl Sani
BERNAMA
07/10/2020 11:19 PM


KUALA LUMPUR, 7 Okt -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan lima anggota polis ditahan, disyaki terlibat sindiket ‘cuci duit’ berkait dengan perniagaan selebriti tanah air sebelum ini.

Tanpa memperincikan butiran lanjut kes itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan perkara berkenaan, ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada tiga pegawai dan dua anggota polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Setakat ini, hanya lima anggota polis ditahan manakala siasatan kes ini (sindiket ‘cuci duit’) saya serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata kes ‘cuci duit’ berkenaan mempunyai kaitan dengan macau scam, katanya ringkas.

Sementara itu, menurut sumber SPRM, suruhanjaya itu telah menemui sejumlah wang tunai kira-kira RM100,000 di kediaman seorang daripada pegawai polis yang ditahan.

“Pegawai polis itu kini ditahan bagi membantu siasatan kes itu,” katanya.

Hari ini, Bernama melaporkan polis sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan sesetengah pihak di media sosial berhubung penglibatan pegawai polis dalam sindiket `cuci duit’.

Sebelum ini, Bernama melaporkan SPRM memanggil sepasang suami isteri bergelar artis, untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.


BERNAMA

7 Oktober 2020

Sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang disyaki 'mencuci' ratusan juta ringgit guna ‘ejen' di Malaysia . Timbalan KPN sahkan dua pegawai polis ditahan SPRM. Siasatan dalaman juga dilakukan. SPRM temui wang tunai RM100,000 di rumah salah seorang pegawai polis yang ditahan semalam . Setakat ini 3 pegawai kanan dan 5 anggota lain-lain pangkat ditangkap. Antara kenderaan mewah dirampas SPRM daripada beberapa individu .

Sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang disyaki 'mencuci' ratusan juta ringgit guna ‘ejen' di Malaysia . Timbalan KPN sahkan dua pegawai polis ditahan SPRM. Siasatan dalaman juga dilakukan.



BIG BOSS 'MACAU SCAMMER MALAYSIA' SUDAH DI TANGKAP , DAN DI HADAPKAN KE
MAHKAMAH
 

FOR MORE NEWS:

Dua Pegawai Polis Ditahan SPRM kerana terlibat dalam Sindiket Macau Scam - Timbalan KPN

https://bestfbkl.blogspot.com/2020/10/dua-pegawai-polis-ditahan-sprm-timbalan.html


Lima Orang Termasuk Seorang Datuk Seri Dan Datuk Ditahan dan Direman oleh SPRM Berkaitan Dengan Sindiket Macau Scam


 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED