Translate

05 October 2020

COVID-19 Malaysia - Kenyataan Terperinci /Akhbar oleh KP Kesihatan Malaysia | 5 Oktober 2020

Kenyataan Akhbar KPK 5 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 57 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,340 kes (80.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 5 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 432 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,813 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,336 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 432 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan satu (1) bukan warganegara mengembara dari negara:

  • India: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan warganegara;
  • Kuwait: Satu (1) kes dilaporkan di Sarawak yang merupakan warganegara; dan
  • Myanmar: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan bukan warganegara.

Daripada 429 kes penularan di dalam negara, 409 kes adalah warganegara Malaysia dan 20 kes adalah bukan warganegara. Daripada 429 kes tersebut juga, sebanyak 224 kes adalah merupakan kes yang dikesan daripada Kluster Tembok iaitu di Penjara di Kedah29 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 235 kes. 

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 130 kes
    • 57 kes saringan bergejala yang melibatkan 54 warganegara dan tiga (3) bukan warganegara;
    • 39 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 38 warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
    • 16 kes saringan kontak rapat yang melibatkan 11 warganegara dan lima (5) bukan warganegara;
    • Enam (6) kes saringan petugas kesihatan yang melibatkan lima (5) warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
    • Tiga (3) kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan warganegara;
    • Tiga (3) kes saringan tempat kerja yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes Influenza-Like Illness (ILI)yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes pra pembedahan yang melibatkan warganegara.
  • Kedah: 241 kes 
    • 224 kes daripada Kluster Tembok yang melibatkan 215 warganegara dan sembilan (9) bukan warganegara;
    • 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Sintok yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jeram yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Bah Ketil yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Sungai yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan bergejala yang melibatkan warganegara.
  • Selangor: 34 kes
    • 17 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Sembilan (9) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara; 
    • Tiga (3) kes daripada Kluster Seri Anggerik yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Benteng PK yang melibatkan warganegara; 
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara; 
    • Satu (1) kes bergejala yang melibatkan warganegara; 
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11143 yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan sign off kapal yang melibatkan bukan warganegara.
  • Terengganu: Lima (5) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Tanjung yang melibatkan warganegara; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-12082 yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Lima (5) kes
    • Dua (2) kes daripada Kluster Seri Setia yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Empat (4) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Johor: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara.
  • Perak: Dua (2) kes 
    • Satu (1) saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) saringan kemasukan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada Kluster Selasih yang melibatkan warganegara.
  • Negeri Sembilan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Pahang: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Melaka: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Kelantan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Sehingga kini, terdapat 32 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lapan (8) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 137 kes (1.07 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

TIGA (3) KLUSTER BAHARU

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • Kedah (2 kluster); dan
  • Terengganu (1 kluster).

1) KLUSTER BAH SINTOK, KEDAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Kubang Pasu, Kedah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-12072) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 23 tahun yang baru pulang dari Sabah pada 20 September 2020. Kes mempunyai gejala demam, selesema dan sakit kepala sejak 22 September 2020. Saringan COVID-19 dikesan positif pada 2 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 11 lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Kesemua kes yang dikesan positif merupakan warganegara Malaysia dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Sehingga 5 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 165 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • 12 dikesan positif COVID-19;
  • 61 individu dikesan negatif; dan
  • 92 individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan masih dalam siasatan.

2) KLUSTER JERAM, KEDAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Kubang Pasu, Kedah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11211) adalah seorang pesakit perempuan warganegara Malaysia berumur 31 tahun. Kes bergejala batuk dan sakit kepala sejak 25 September 2020 dan telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tunjang pada 28 September 2020 di mana saringan COVID-19 dijalankan. Kes dikesan positif pada 29 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan tiga (3) lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Ketiga-tiga kes positif ini melibatkan petugas kesihatan. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah untuk rawatan.

Sehingga 5 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 65 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Empat (4) dikesan positif COVID-19;
  • 50 individu dikesan negatif; dan
  • 11 individu masih menunggu keputusan.

Proses pembersihan dan nyah kuman di fasiliti kesihatan yang berkaitan telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, Kedah. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

3) KLUSTER BAH TANJUNG, TERENGGANU

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Kuala Nerus, Terengganu. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11477) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 46 tahun. Kes mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah dari 10 sehingga 27 September 2020. Kes bergejala sakit tekak dan demam sejak 28 September 2020. Kes dikesan positif COVID-19 pada 30 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan enam (6) lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang untuk rawatan.

Sehingga 5 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 245 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Tujuh (7) dikesan positif COVID-19;
  • 113 individu dikesan negatif; dan
  • 125 individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan masih dalam siasatan.

STATUS TERKINI KLUSTER-KLUSTER AKTIF DENGAN KES POSITIF COVID-19 HARI INI

Status terkini lain-lain kluster yang mempunyai kes positif COVID-19 pada hari ini adalah seperti berikut:

BilKlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringJumlah Kes Aktif (Kes ICU)Jumlah Kes Sembuh*BWNJumlah Kematian
1TembokKedah PerakKota Setar, Kamunting,Kubang Pasu, Pendang2246534,431652 (3)0671
2Bangau – BangauSabahSemporna, Tawau39399836376 (4)22601
3Bah SintokKedahKubang Pasu111216512 (0)000
4Jalan MeruSelangor, Johor, Kelantan, WPKL & PutrajayaHulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Johor Bharu, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong104835048 (0)000
5Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan395114,061231 (0)7203810
6Seri AnggerikSelangorHulu Selangor3177517 (1)000
7Bah TanjungTerengganuKuala Nerus372457 (0)000
8JeramKedahKubang Pasu34654 (0)000
9SelasihWPKL & Putrajaya, SelangorWP Putrajaya, Sepang291209 (0)000
10Seri SetiaSelangor, WPKL & PutrajayaPetaling, Gombak, TItiwangsa26556 (0)000
11SungaiKedah, PerlisKota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kangar110125, 40635 (1)6511
12Bah KetilKedahBaling, Langkawi11129111 (1)000
13Benteng PKSelangorKlang, Kuala Langat11114911 (0)080

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DI KOTA KINABALU, PENAMPANG DAN PUTATAN, SABAH

KKM mengambil maklum pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail bin Sabri sebentar tadi iaitu susulan keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini, di mana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan akan berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam ini, 7 Oktober 2020. Ini susulan peningkatan kes positif COVID-19 di ketiga-tiga kawasan tersebut.

Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam kawasan tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari. KKM akan terus menjalankan langkah-langkah kawalan dan pencegahan di kawasan ini dan bekerjasama dengan pelbagai agensi pihak berwajib.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

5 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 5 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
W.P. KUALA LUMPUR7 (2)2,701
SABAH1302,519
SELANGOR342,412
NEGERI SEMBILAN11,055
KEDAH2411,050
JOHOR2787
SARAWAK1 (1)718
PAHANG1382
PERAK2278
MELAKA1268
KELANTAN1170
PULAU PINANG0149
TERENGGANU5139
W.P. PUTRAJAYA2109
PERLIS038
W.P. LABUAN438
JUMLAH KESELURUHAN432 (3)12,813

LAMPIRAN 1

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED