Translate

21 October 2020

COVID-19 Malaysia - Kenyataan Terperinci /Akhbar oleh KP Kesihatan Malaysia | 21 Oktober 2020


Kenyataan Akhbar KPK 21 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 580 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 14,931 kes (65 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kesyang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (305 kes);
  • Pulau Pinang (169 kes);
  • Selangor (73 kes);
  • Kedah (19 kes);
  • Perak (7 kes);
  • Terengganu (4 kes);
  • Sarawak (2 kes); dan
  • Negeri Sembilan (1 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 21 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 732 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 22,957 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,827 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Negeri Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 535 kes (73.1 peratus). Lebih banyak ujian makmal RT-PCR telah dapat dijalankan di makmal-makmal di negeri Sabah serta dihantar ke Semenanjung Malaysia. Lebih banyak ujian RTK Antigen juga dijalankan di lapangan. Secara keseluruhan, sebanyak 30 kes (4.1 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Seberang Perai, Kluster Penjara Kepayan, Kluster Tembok dan Penjara Reman.

Pada hari ini, Selangor mencatatkan pertambahan sebanyak 116 kes (15.8 peratus) dan daripada jumlah itu, 49 kes adalah daripada kluster-kluster sedia dan 11 kes adalah daripada kluster-kluster baharu. Daripada tiga (3) kluster baharu, satu (1) kluster adalah berkaitan dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah.

Ingin dimaklumkan daripada 732 kes baharu yang dilaporkan, terdapat lapan (8) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan yang melibatkan enam (6) warganegara dan dua (2) bukan warganegara iaitu dari negara:

  • Singapura (3 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Nepal (1 kes di Selangor);
  • Emiriah Arab Bersatu (1 kes di Selangor)
  • Amerika Syarikat (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • United Kingdom (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Perancis (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, tiga (3) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes yang dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 454 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 535 kes
    • 254 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 64 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Basung;
    • Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Inai;
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tempayan; dan
    • 190 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 114 kes
    • 49 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Cahaya;
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Kota;
    • 15 kes daripada saringan tempat kerja;
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Long; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 20 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Melati;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Long.
  • Pulau Pinang: 12 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: Sembilan (9) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Cahaya;
    • Empat (4) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Sembilan (9) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bina Labuan;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada.
  • Perak: Tujuh (7) kes 
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Melaka: Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Pahang: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 102 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan enam (6) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 199 kes (0.87 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

 Kes kematianKes no.NegeriJantinaUmur (tahun)HospitalLatar Belakang
19422756SabahPerempuan WN71Hospital SempornaPenyakit barah payudara dan strok
19522757SabahLelaki WN65Hospital Queen ElizabethPenyakit darah tinggi, kencing manis, Hepatitis B kronik dan penyakit autoimun darah
19622758SabahLelaki WN65Hospital Duchess of KentStrok
19722759SabahLelaki WN55Hospital Duchess of KentPenyakit darah tinggi dan kencing manis
19822760SabahLelaki BWN27Hospital Duchess of Kent
19922943WP LabuanLelaki WN46Hospital LabuanPenyakit darah tinggi

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

LAPAN (8) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lapan (8) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER BASUNG

Kluster baharu ini melibatkan sebuah jeti nelayan di daerah Kudat, Sabah. Sebanyak 19 kes dikenal pasti positif COVID-19 dalam kluster ini melalui saringan bersasar ke atas individu yang terlibat dengan perniagaan ikan di daerah Kudat.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 174 individu telah disaring, di mana:

  • 19 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 148 individu negatif; dan
  • 7 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER INAI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kudat di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17773) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di PPR Taman Ehsan, Kota Belud. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 84 masih menunggu keputusan saringan.

3) KLUSTER TEMPAYAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan  Penampang di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11619) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 1 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 18 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana:

  • 19 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • Satu (1) individu negatif; dan
  • Satu (1) individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER LONG

Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor dan Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-16746) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 12 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 17 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 301 individu telah disaring, di mana:

  • 18 kes dikesan positif COVID-19;
  • 260 individu negatif; dan
  • 23 individu menunggu keputusan.

5) KLUSTER CAHAYA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor dan daerah Tampin di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20394) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 16 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 17 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana:

  • 18 kes dikesan positif COVID-19;
  • 3 individu negatif; dan
  • 63 individu masih menunggu keputusan.

6) KLUSTER BAH KOTA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang di negeri Selangor dan Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17988) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 171 individu telah disaring, di mana:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 161 individu masih menunggu keputusan.

7) KLUSTER MELATI

Kluster baharu ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18002) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 24 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 15 individu individu masih menunggu keputusan.

8) KLUSTER BINA LABUAN

Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22943) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan hospital pada 21 Oktober 2020 dan meninggal dunia pada hari yang sama di Hospital Labuan. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 21 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 55 individu masih menunggu keputusan.

PERKHIDMATAN KESIHATAN MENTAL DAN SOKONGAN PSIKOSOSIAL (MHPSS) BAGI COVID-19

Bagi menangani isu kesihatan mental berkaitan pandemik COVID-19, Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) telah mewujudkan Talian Sokongan Psikososial. KKM bersama MERCY dan agensi-agensi lain seperti Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (KSK JAKIM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui Talian Sokongan Psikososial telah menerima sebanyak 36, 269 panggilan sejak 25 Mac sehingga 19 Oktober 2020. Antara isu-isu yang dialami oleh pemanggil adalah:

  • Isu yang memerlukan sokongan emosi, dan kaunseling, (stres, bimbang, marah, murung) : 50%;
    • Antara sebab-sebab adalah faktor-faktor sosial seperti hilang pekerjaan, tiada pendapatan, masalah hubungan, persepsi negatif orang sekeliling, bimbang dijangkiti, masalah tempat kerja)
  • Maklumat berkaitan COVID-19 : 14.7%;
  • Isu rumahtangga / Keganasan rumah tangga: 8.8%;
  • Keperluan asas / bantuan kewangan / sumbangan : 6.8;
  • Aduan: 3.3%;
  • Masalah psikiatri 2.2%; dan
  • Isu – isu kesihatan : 1.1%.

Menyedari situasi semasa COVID-19 di Sabah, KKM telah mengambil tindakan mempertingkatkan liputan MHPSS khas untuk warga di Sabah terutamanya bagi mereka yang memerlukan sokongan dalam keadaan krisis. Talian ini boleh diakses melalui nombor 088 338088 untuk membantu mereka yang memerlukan khidmat sokongan emosi dan bantuan awal psikologi.

Selain itu, KKM juga menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada anggota barisan hadapan di lapangan bagi mengenalpasti mereka yang mulai mengalami kelesuan minda serta membantu mereka yang dari aspek kesihatan mental. KKM berharap wira dan wirawati negara ini cekal dan terus berjuang menghadapi gelombang ketiga wabak COVID-19 di Malaysia ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

21 Oktober 2020 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 21 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH5359,290
SELANGOR116 (2)3,605
W.P. KUALA LUMPUR26 (6)2,886
KEDAH71,964
NEGERI SEMBILAN91,119
JOHOR0840
SARAWAK0769
PULAU PINANG12682
PERAK7431
PAHANG1389
MELAKA3302
KELANTAN1175
TERENGGANU0163
W.P. LABUAN9169
W.P. PUTRAJAYA6135
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN732 (8)22,957

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Text Box: LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(21 Oktober 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1Tujuh SerangkaiSabahTuaran311952,65543 (0)1511
2MenaraSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut, Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah196838264 (0)40
3Penjara KepayanSabahKota Kinabalu12427888427 (0)00
4AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya127463974 (0)00
5SimeraTerengganu,Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, WP Putrajaya, KelantanBesut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru, Putrajaya, Tanah Merah106681155 (1)110
6  Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Seremban, Port Dickson126074742 (0)180
7KasihSabahLahad Datu11641,86833 (0)310
8Penjara
 Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan9951,34795 (2)00
9Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran81,08516,513244 (0)8401
10TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda,Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut,  Matang & Selama71,5837,494868 (6)7141
11Jalan MeruSelangor, Johor, Kelantan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Pahang, PerakHulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Johor Bahru, Batu Pahat, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong,  Cheras, Temerloh, Muallim41381,12465 (0)730
12BuntarKedah, Perak, WP Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan43751436 (0)10
13Penjara RemanPulau PinangTimur Laut24013,991221 (0)1791
14TanameraSabahTawau2498632 (0)170
15HentianSelangorHulu Langat15012750 (0)00
16KencanaSelangor,  Johor, WP Kuala Lumpur, TerengganuPetaling, Hulu Langat, Klang, Gombak, Cheras, Johor Bahru, Batu Pahat, Pontian, Kuala Nerus12724422 (0)50
17Seri AnggerikSelangorHulu Selangor1249612 (0)120
18BaiduriSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurHulu Langat, Gombak, Port Dickson, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai1203297 (0)130
19Jalan PantaiWP Kuala LumpurLembah Pantai1114218 (0)30
20SentralWP Kuala LumpurKepong, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai173166 (0)01

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED