Kes Positif Mengikut Negeri |
Kenyataan Akhbar KPK 16 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 245 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 12,259 kes (65.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kesyang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
- Sabah (106 kes);
- Selangor (59 kes);
- Kedah (53)
- Wilayah Persekutuan Labuan (8 kes)
- Sarawak (6 kes);
- Melaka (5 kes);
- Terengganu (3 kes);
- Kelantan (3 kes);
- Pahang (1 kes); dan
- Perlis (1).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 16 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 629 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 18,758 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 6,323 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 489 kes (77.7 peratus). Lebih banyak keputusan makmal telah diperolehi. Makmal di Sabah misalnya, telah menjalankan 3,296 ujian semalam dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah membantu menghantar 5,340 sampel ke Semenanjung Malaysia untuk diproses segera. Manakala, negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 9.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 50 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur lapan (8) kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dua (2) kes. Kesemua negeri-negeri ini adalah dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Secara keseluruhan, sebanyak 38 kes (6 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara.
Ingin dimaklumkan daripada 629 kes baharu yang dilaporkan, terdapat dua (2) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang kesemuanya melibatkan warganegara iaitu dari negara:
- New Zealand (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
- Singapura (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).
Daripada 627 kes penularan di dalam negara, 577 kes adalah warganegara Malaysia dan 50 kes adalah bukan warganegara.
Daripada jumlah keseluruhan kes hari ini, 16 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 437 kes.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 489 kes
- 260 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- 71 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- 158 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 50 kes
- 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Merbok;
- Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Enam (6) kes daripada saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 33 kes
- 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes saringan tahanan lokap.
- Wilayah Persekutuan Labuan: 19 kes
- Sembilan (9) kes daripada Kluster Bah Bundle;
- Enam (6) kes daripada saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
- Tiga (3) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes saringan sign off kapal.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Lapan (8) kes
- Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: Sembilan (9) kes
- Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Buntar; dan
- Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lekir.
Kedah: Tujuh (7) kes
Enam (6) daripada Kluster Tembok; dan
Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
- Johor: Lima (5) kes
- Dua (2) kes daripada Kluster Simera;
- Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes saringan bergejala.
- Melaka: Tiga (3) kes
- Dua (2) kes daripada Kluster Utama; dan
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
- Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Buntar; dan
- Satu (1) kes daripada Kluster Selasih.
- Negeri Sembilan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Pahang: Satu (1) kes sign on kapal.
Sehingga kini, terdapat 99 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan enam (6) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 176 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
Kes kematian | Kes | Negeri | Jantina | Umur (tahun) | Hospital | Latar Belakang |
171 | 11628 | Sabah | Lelaki WN | 66 | Hospital Queen Elizabeth | Penyakit darah tinggi, kencing manis dan strok |
172 | 15853 | Sabah | Lelaki WN | 72 | Hospital Duchess of Kent | Penyakit jantung |
173 | 18618 | Sabah | Lelaki WN | 39 | Hospital Semporna | Strok |
174 | 18616 | Sabah | Perempuan WN | 74 | Hospital Queen Elizabeth | Penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang |
175 | 18617 | Sabah | Lelaki WN | 67 | Hospital Queen Elizabeth | Penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan strok |
176 | 18676 | WP Kuala Lumpur | Lelaki BWN | 52 | Pusat Perubatan Universiti Malaya | Penyakit kencing manis, penyakit jantung, penyakit kulit psoriasis dan penyakit tulang belakang |
* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
1)KLUSTER LEKIR
Kluster baharu ini melibatkan daerah Manjung di negeri Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17528) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lima (5) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 16 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 144 individu telah disaring, di mana:
- Enam (6) kes dikesan positif COVID-19;
- Dua (2) individu negatif; dan
- 136 individu masih menunggu keputusan.
2)KLUSTER BUNTAR
Kluster baharu ini melibatkan Kuala Muda di negeri Kedah, daerah Kerian di negeri Perak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18035) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 16 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana:
- Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19; dan
- 43 individu masih menunggu keputusan.
3)KLUSTER MERBOK
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Petaling di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17983) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan (8) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 16 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 270 individu telah disaring, di mana:
- Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19; dan
- 261 individu masih menunggu keputusan.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
- Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
- Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
- Amalkan etika batuk dan bersin;
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
- Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
- Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:
- S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
- O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
- P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
16 Oktober 2020 @ 5.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 16 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SABAH | 489 | 6,286 |
SELANGOR | 50 | 3,014 |
W.P. KUALA LUMPUR | 10 (2) | 2,824 |
KEDAH | 7 | 1,890 |
NEGERI SEMBILAN | 1 | 1,096 |
JOHOR | 5 | 834 |
SARAWAK | 0 | 759 |
PULAU PINANG | 33 | 402 |
PAHANG | 1 | 387 |
PERAK | 9 | 383 |
MELAKA | 3 | 281 |
KELANTAN | 0 | 173 |
TERENGGANU | 0 | 157 |
W.P. PUTRAJAYA | 2 | 123 |
W.P. LABUAN | 19 | 111 |
PERLIS | 0 | 38 |
JUMLAH KESELURUHAN | 629 (2) | 18,758 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini
(16 Oktober 2020)
Kluster | Negeri | Daerah | Kes Baharu | Jumlah Kes | Jumlah Yang Disaring | Kes Aktif (Kes ICU) | Jumlah Sembuh | *BWN | Jumlah Kematian | |
1 | Ramai-Ramai | Sabah | Sandakan | 39 | 156 | 681 | 139 (0) | 17 | 16 | 0 |
2 | Penjara Reman | Pulau Pinang | Timur Laut | 27 | 217 | 2,683 | 216 (0) | 0 | 21 | 1 |
3 | Kasih | Sabah | Lahad Datu | 11 | 45 | 1,861 | 45 (0) | 0 | 3 | 0 |
4 | Benteng LD | Sabah | Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran | 9 | 1,040 | 16,449 | 232 (0) | 807 | 390 | 1 |
5 | Bah Bundle | WP Labuan, Johor | Labuan, Johor Bahru | 9 | 17 | 494 | 16 (0) | 1 | 1 | 0 |
6 | Tembok | Kedah, Perak | Kota Setar, Baling, Kuala Muda,Sungai Petani,Kubang Pasu, Larut Matang & Selama | 6 | 1,525 | 6,971 | 1,295 (9) | 229 | 92 | 1 |
7 | Tujuh Serangkai | Sabah | Tuaran | 5 | 94 | 2,315 | 77 (0) | 16 | 0 | 1 |
8 | Penjara Seberang Perai | Pulau Pinang | Seberang Perai Selatan | 5 | 28 | 530 | 28 (1) | 0 | 5 | 0 |
9 | Utama | Selangor, Melaka | Gombak, Hulu Langat, Petaling, Alor Gajah | 3 | 135 | 572 | 135 (0) | 0 | 107 | 0 |
10 | Jalan Meru | Selangor, Johor, Kelantan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Pahang | Hulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Johor Bahru, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras, Temerloh | 3 | 107 | 1,004 | 54 (0) | 53 | 1 | 0 |
11 | Bestari | Sabah | Sandakan | 3 | 23 | 55 | 17 (0) | 6 | 0 | 0 |
12 | Simera | Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor | Besut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru | 2 | 33 | 549 | 32 (0) | 1 | 2 | 0 |
13 | Khazanah | Sabah | Lahad Datu | 2 | 18 | 1439 | 18 (0) | 0 | 0 | 0 |
14 | Sungei Way | Selangor, WP Kuala Lumpur | Petaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras | 1 | 33 | 251 | 32 (0) | 1 | 0 | 0 |
15 | Bah Manggis | Sabah, Selangor | Tawau, Kuala Langat | 1 | 29 | 580 | 28 (0) | 1 | 1 | 0 |
16 | Tanamera | Sabah | Tawau | 1 | 29 | 84 | 20 (0) | 9 | 4 | 0 |
17 | Selasih | WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Selangor, Johor, Negeri Sembilan | WP Putrajaya, Sepang, Johor Bahru, Seremban | 1 | 20 | 290 | 15 (0) | 5 | 0 | 0 |
18 | Kau Sing | Sabah | Tawau | 1 | 16 | 52 | 10 (0) | 6 | 4 | 0 |
*BWN = Bukan Warganegara