Datuk Seri Anwar Ibrahim |
38 Ahli Parlimen PKR menyokong saya - Anwar Ibrahim
"38 Ahli Parlimen PKR zahir sokongan terhadap saya" - Anwar Ibrahim
Astro Awani

16 Oktober 2020
KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan telah mengemukakan senarai nama Ahli Parlimen yang menzahirkan sokongan terhadap beliau untuk menjadi Perdana Menteri dan seterusnya membentuk kerajaan baharu.
Sebaliknya, kata Anwar, beliau hanya mendedahkan seramai 38 Ahli Parlimen daripada parti pimpinannya yang telah memberikan sokongan terhadap beliau.
“Dalam kenyataan saya, saya hanya mempersembahkan surat dan juga dokumen dan tiada sebarang nama dinyatakan.
“Sebagai Presiden PKR, saya memaklumkan ada 38 Ahli Parlimen dari PKR yang menunjukkan sokongan kukuh terhadap saya,” katanya dalam sidang medianya selepas hadir memberi keterangan di Bukit Aman pada Jumaat.
Terdahulu, Ahli Parlimen Port Dickson itu tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sekitar pukul 3 petang menerusi pintu dua bagi memberi keterangan berkaitan senarai nama Ahli Parlimen yang didakwa memberikan majoriti kukuh terhadapnya untuk menerajui kerajaan baharu.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memaklumkan pihak polis menerima lebih 113 laporan berhubung dakwaan sokongan Ahli Parlimen yang menyokong Anwar.
Kes dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO: