Translate

22 October 2020

Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak ular sawa (1 Video)

Seorang bapa dan anak perempuan maut selepas kereta yang dinaiki merempuh sebuah pacuan empat roda (4X4). 




Elak ular, dua maut kereta bertembung
Bapa, anak perempuan maut kereta rempuh 4x4 elak ular sawa
BERNAMA
22/10/2020 05:27 PM

DUNGUN, 22 Okt -- Gara-gara terkejut dan cuba mengelak daripada terlanggar seekor ular sawa di atas jalan raya, seorang bapa dan anak perempuan maut selepas kereta yang dinaiki merempuh sebuah pacuan empat roda (4X4).

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata dalam kejadian di kilometer 61, Jalan Jerangau - Jabor, kira-kira 10 pagi itu, mangsa Mohamed Jenal, 61, dan anaknya, Mardiah Mohamed, 26, dari Felda Jerangau Barat, Ajil di Hulu Terengganu dalam perjalanan dari rumahnya menuju ke Dungun.

“Difahamkan ketika tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Gen 2 yang dipandu Mohamed cuba mengelak ular sawa itu dan terbabas memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Mitsubishi Triton yang dipandu lelaki berusia 50-an.

“Akibat daripada perlanggaran tersebut kedua-dua mangsa yang menaiki Proton Gen 2 telah meninggal di lokasi kejadian manakala pemandu Mitsubishi Triton mengalami kecederaan ringan dan dirawat di klinik berhampiran,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Baharudin berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED