Translate

07 October 2020

Bantuan Subsidi Covid-19 PERKESO- Pengarah Syarikat Direman 4 hari Kerana Mengemukakan Tuntutan Palsu (1 Video)







Managing director remanded over false claims on Covid-19 wage
subsidy
COVID-19: Pengarah urusan ditahan palsu dokumen mohon bantuan Perkeso
Astro Awani
7 Oktober 2020


ALOR SETAR: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat di Selangor ditahan atas dakwaan mengemukakan tuntutan palsu bagi mendapatkan bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada Mac.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah di sini kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Alor Setar, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim membenarkan tertuduh direman selama empat hari bermula hari ini.

Lelaki terbabit didakwa mengemukakan penyata akaun disyaki mengandungi butiran palsu bagi membolehkan syarikatnya layak mendapat bantuan subsidi upah kerja daripada Perkeso untuk pekerja sekitar Mac lalu.

Hasil pemalsuan itu, syarikat tersebut dikatakan memperoleh bantuan upah pekerja dianggarkan lebih RM400,000 sebulan sedangkan syarikat tidak memenuhi kelayakan untuk mendapatkan subsidi berkenaan.

Ia berikutan syarikat yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan termasuk pembersihan itu didapati tidak mengalami kekurangan pendapatan akibat penularan COVID-19.

Pengarah SPRM negeri Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Source: Astro Awani

7 Oktober 2020

Pengarah Urusan sebuah syarikat di Selangor direman 4 hari kerana mengemukakan tuntutan palsu bagi memperoleh bantuan subsidi upah berjumlah lebih RM400,000 dari PERKESO meskipun syarikatnya dipercayai tidak terjejas dengan #Covid_19


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED