Translate

04 October 2020

68 Individu Dikompaun Langgar Arahan PKPP di Bar Restoran



68 individu dikompaun langgar arahan PKPP di bar restoran
Astro Awani
4 Oktober 2020


KUALA LUMPUR: Seramai 68 individu dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang selepas didapati melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah bar restoran di ibu negara pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin, pemeriksaan sepasukan polis dari Cawangan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dilakukan kira-kira jam 10.20 malam.

"Pemeriksaan membawa kepada penahanan seorang pengurus premis dan dua lagi pekerjanya. Turut ditahan 65 pelanggan premis berkenaan.

"Siasatan lanjut mendapati premis tersebut mempunyai lesen perniagaan yang sah, namun gagal mematuhi syarat-syarat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

Kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 18 hingga 50 tahun dikenakan saman kompaun RM1,000 setiap seorang di bawah Peraturan 11 Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyalit (Langkah-Langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (NO.11) 2020.

Beliau turut mengingatkan pemilik premis perniagaan pub dan bar agar mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP kerana tindakan kompaun akan dikenakan jika melanggarnya.

Source: Astro Awani







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED