Polis tahan empat remaja 15 hingga 18 tahun yang terlibat dalam kes buli seorang wanita warga emas .
Kesemua menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok, semalam selepas video kejadian tular.lam selepas video kejadian tular.
Warga emas dibuli, lebam dilastik remaja
KOSMO!
3 Oktober 2020,
BACHOK – Polis menahan empat remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes buli seorang wanita warga emas selepas mereka menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok semalam.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Suprintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, empat remaja berkenaan akan direman di Mahkamah Pasir Puteh di sini hari ini.
Katanya, dua remaja yang juga anak sepupu mangsa berusia 16 dan 18 tahun telah menyerah diri di IPD Bachok pukul 2.30 petang.
“Manakala dua lagi lelaki berusia 18 dan 15 tahun termasuk perakam video tular itu ditahan selepas menyerah diri pada pukul 5.30 petang,” katanya
Dalam pada itu, warga emas berkenaan, Wan Bidah Wan Deraman, 67, yang menjadi mangsa buli di Banggol Pauh, Bekelam di sini sehingga videonya tular di media sosial mendakwa dia mengalami lebam dan sakit pada bahagian lengan selepas dilastik dua remaja.
Tangkap layar video yang menunjukkan seorang lelaki cuba menendang Wan Bidah.
Bercerita lanjut, Wan Bidah, yang juga ibu tunggal memberitahu, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam Rabu lalu ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya seorang diri.
Katanya, dia didatangi kira-kira enam remaja termasuk anak sepupunya yang cuba menendang dan melastiknya.
“Saya menjerit sekuat-kuatnya merayu agar mereka tidak melastik saya kerana bimbang mata menjadi buta,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Wan Bidah berkata, rayuannya tidak diendahkan malah dua daripada remaja berkenaan semakin agresif melastiknya dengan batu dan terkena lengan kiri.
“Saya kemudian cuba memukul kumpulan lelaki itu dengan menggunakan payung sebelum terus melarikan diri.
“Saya sering diganggu kumpulan yang sama dan kini trauma untuk keluar bersendirian,” ujarnya.
Katanya, dia telah membuat laporan polis demi keselamatan dirinya di IPD Bachok kira-kira pukul 8 malam kelmarin.
Kelmarin, tular video berdurasi 30 saat di laman sosial yang memaparkan sekumpulan remaja lelaki tergamak mengganggu dan membuli seorang wanita warga emas sehingga dia terpaksa melarikan diri.