Translate

05 October 2020

200 Pengunjung Kelab Malam Digempur Polis KL Dalam OPS Noda






MKL Crimedesk
Biarpun Malaysia dibelengu peningkatan kes jangkitan Covid 19 sejak seminggu lalu hingga kini mencecah 3 angka. Ada sikap sesetengah rakyat yang angkuh dan bersifat pentingkan diri sendiri. Buktinya, sebuah restoran tetapi disalahgunakan menjadi pusat hiburan yang sarat dengan hampir 200 pengunjung digempur polis malam tadi. Premis beroperasi dengan lesen kafe di Jalan Metro Pudu ibu negara itu dikesan hasil maklumat awam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur Senior Asisten Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata operasi bemula jam 11 malam tadi digerakkan Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kuala Lumpur dan IPD Wangsa Maju. Ketika serbuan, kesemua pengunjung sedang galak berhibur. Jelasnya, tiada penjarakkan sosial sekaligus mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Hasil saringan air kencing mendapati kesemua mereka negatif. Bagaimanapun 180 pengunjung dan pekerja dikenakan tindakan kompaun. Tindakan untuk membatalkan lesen perniagaan turut diambil bagi memastikan mereka tidak beroperasi. Kesemua pengunjung dan penjaga serta pekerja premis ditahan dan dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED