Translate

24 February 2014

Liza Abdullah Sah Cerai Talak 1

Detik Pilu, Liza Abdullah Sah Cerai Talak 1

Liza Abdullah bersama salah seorang anaknya. Kredit foto mStar onlineLiza Abdullah bersama salah seorang anaknya. Kredit foto mStar online
Dramatis terkenal 80-an, Liza Abdullah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini kira-kira pukul 3.05 petang pada Isnin.
Memetik kenyataan di mStar online, lafaz berkenaan dibuat oleh suaminya selaku defendan, Zolkifli Abdul Rahman, 58, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas dia bersetuju untuk menceraikan isterinya secara baik.
Suasana di dalam kamar mahkamah pilu apabila pasangan itu menangis teresak-esak sambil berpelukan sebelum lafaz cerai dibuat.
Dua anak pasangan itu, Zulhaffiz Zarriq, 25, dan Nurwafiez Syahiddah, 21, turut kelihatan menitiskan air mata di ruang tempat duduk ketika lafaz dibuat bapa mereka.
Liza, 50, yang memfailkan permohonan perceraian tersebut menerusi peguam syarie, Sa'adiah Din pada 25 November tahun lalu turut ditemani oleh ahli keluarga dan rakan artis ke mahkamah termasuklah Datuk Shah Rezza dan Ziela Jalil.
Terdahulu, pasangan berkenaan mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa tahun lalu selain mengalami konflik berpanjangan dalam rumah tangga mereka.
Dalam pada itu, Shaiful Azli memerintahkan Liza supaya menjalani edah selama tiga kali suci selain perceraian mereka didaftarkan di Pejabat Agama Daerah Gombak Timur, di sini.
Sementara itu, Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah yang mengenakan jubah hitam ketika ditemui selepas prosiding selesai enggan mengulas mengenai penceraian tersebut.
Manakala Zolkifli menganggap penceraian itu sebagai ketentuan Allah.
"Semuanya selesai dengan baik dan saya tiada komen selain penceraian ini adalah ketentuan Allah," katanya.
Hasil perkahwinannya dengan Zolkifli kira-kira 26 tahun, mereka turut dikurniakan dua lagi anak iaitu Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.
Liza itu yang pernah popular dalam drama Vanilla Coklat bagi siaran TV3 dua tahun lalu merupakan bintang filem ternama sekitar tahun 1980-an. Antara lakonannya ialah dalam filem 'Ali Setan', 'Pagar-Pagar Cinta', 'Driving School' dan 'Jejaka Perasan'.

sumber: mStar online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Pemilik syarikat didenda RM15,000 sembunyi lebih 2' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KKM akan panggil MMA untuk libat urus la' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anggota polis ditemukan meninggal dunia di kuarter' 9 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Massive Fire Breaks Out In PARIS, Sends Black Smok' 24 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Kastam Pahang rampas bijih timah, kapal dan lori b' 58 mins ago
A visitor from Des moines viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh pelajar MRSM terlibat kes buli disyor tamat ' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Mungkin anda terkena serang' 1 hr 18 mins ago