Nampaknya impak drama ‘Ariana Rose’ masih belum reda lagi kerana masih ramai yang memperkatakan mengenai kehebatan drama bersiri slot Akasia TV3 itu. Sehinggakan impak drama tersebut terpalit kepada pelakon utama ‘Ariana Rose’, Nur Fathia dan Keith Foo.
Keserasian lakonan yang ditunjukkan oleh mereka membuatkan ramai peminat mahukan mereka bercinta di alam nyata. Menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh peminat di laman sosial, mereka mahukan Fathia bercinta bersama dengan Keith.
“Kami memang nampak serasi dalam lakonan tapi sebenarnya untuk kami lakonkan babak-babak mesra dalam drama tersebut, kami masing-masing rasa kekok dan segan. Seharusnya peminat boleh bezakan antara lakonan dan dunia nyata,” ujar Fathia ketika ditemui usai majlis Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur di Hotel Royale Chulan
“Ramai peminat memberikan komen dan mahukan saya dan Keith bercinta di luar. Namun begitu, di luar set penggambaran, Keith sudah mempunyai kekasih. Saya juga sedang menjalin hubungan dengan Aiman Hakim Ridza. Jadi semuanya hanyalah lakonan semata-mata,” tutur Fathia lagi.
Gadis yang membintangi drama ‘Diandra’ ini juga menjelaskan mengenai dakwaan dia dirasuk dan tidak sedarkan diri ketika menjalani pementasan teater ‘Bidasari’ baru-baru ini. Badan Fathia juga lebam-lebam akibat perkara tersebut.
“Saya sendiri kurang pasti apa yang berlaku. Apa yang saya tahu, saya pitam dan tidak sedarkan diri. Apabila sedar daripada pitam, ada dua orang ustaz di situ. Saya tidak pasti apa yang terjadi kepada saya, sama ada saya dirasuk atau pun sebaliknya. Tapi, menurut kata kawan-kawan yang lain, mereka katakan mereka nampak saya di tempat lain,” jelas Fathia.
Fathia juga menafikan lebam-lebam akibat dipukul oleh Raja Azura ketika melakukan beberapa babak dalam pementasan tersebut.
“Apa yang pasti, lebam di badan saya bukan disebabkan babak Raja Azura memukul saya dalam teater tersebut. Raja Azura tidak memukul saya betul-betul pun. Dakwaan badan saya lebam kerana dipukul oleh Raja Azura tidak benar sama sekali,” kata Fathia mengakhiri perbualan.