Translate

23 February 2014

Anzalna nafi menggedik dengan Izzue Islam

Anzalna nafi menggedik dengan Izzue Islam

21 Feb – Aktres jelita Anzalna Nasir menepis dakwaan yang mengatakan dia melakonkan babak romantis secara keterlaluan atau menggedik bersama aktor Izzue Islam dalam drama bersiri "Aku Bukan Mistress" dan menegaskan dia masih tahu menjaga tingkah lakunya sebagai seorang pelakon.
"Sebenarnya saya berlakon adegan romantik itu pun macam biasa sahaja. Saya tak setuju bila orang mendakwa saya berlakon secara berlebihan.
"Nak berlakon adegan pegang tangan pun saya takut dan malu sebab saya tahu itu suami orang. Macam mana pula saya nak buat adegan romantik lebih-lebih?" ujarnya seperti dipetik daripada laporan portal hiburan tempatan.
Masih lagi terlibat dengan penggambaran drama bersiri tersebut, aktres berusia 26 tahun ini memberitahu dia bersikap profesional dalam kariernya.
"Saya cuma jadi profesional dalam kerjaya. Lagipun tidak semua babak dalam novel itu dilakonkan semula dalam drama adaptasi itu," jelasnya lagi.
"Aku Bukan Mistress" bakal ditayangkan bermula 31 Mac akan datang.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED