HARI INI DALAM SEJARAH PDRM
SERANGAN KOMUNIS KE ATAS BALAI POLIS BUKIT KEPONG
Pada hari ini 23 Februari dalam tahun 1950, satu lagi keganasan bersenjata telah berlaku apabila komunis menyerang dan membakar Balai Polis Bukit Kepong yang terletak di Muar, Johor. Dalam insiden serangan ini seramai dua puluh lima orang anggota polis dan orang awam telah terkorban dalam pertempuran akibat serangan pengganas-pengganas komunis ini.
Mereka ialah tiga Pegawai Polis berpangkat rendah, enam orang polis biasa, tiga orang polis `Marine', dua orang polis tambahan, lima orang polis bantuan, dua orang isteri serta dua orang anak polis biasa, dan dua orang awam. Jumlah tersebut tidak termasuk kemalangan di pihak pengganas komunis, di mana tiga orang terbunuh dan 17 cedera.
Di samping itu 3 buah bangunan telah musnah iaitu Balai Penghulu, Balai Polis dan Berek Polis.
Serangan telah dimulakan kira-kira jam 5.00 pagi 23 Februari 1950 oleh segerombolan pengganas komunis seramai 180 orang. Mereka menggunakan senjata-senjata automatik telah mengepung Balai Polis Bukit Kepong yang ketika itu sedang dikawal oleh 3 orang anggota bertugas. Apabila tembak menembak bermula kesemua anggota termasuk anak isteri mereka turut membantu dan berjuang hingga ketitisan darah terakhir.
Balai Polis itu tidak berjaya ditawan oleh pengganas-pengganas komunis tetapi keseluruhan Balai telah dibakar dan mengorbankan nyawa anggota polis dan keluarga mereka. Mereka tetap mempertahankan Balai ini walaupun tahu musuh jauh lebih ramai jumlahnya.

Pengorbanan yang dilakukan oleh anggota-anggota polis dengan bantuan orang-orang kampung itu adalah satu pengorbanan yang tidak ternilai harganya.
Mereka boleh menyelamatkan diri dengan menyerah diri kepada komunis tetapi terus mempertahankan hak yang jauh lebih mulia dari nyawa mereka, iaitu demi mengekalkan kebebasan dan menyelamatkan negara ini.
Al-Fatihah diucapkan kepada semua wira-wira negara yang terkorban dalam serangan itu.
Sumber: Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia