Translate

23 February 2014

Almy Nadia beri peluang kedua kepada Fizz Fairuz


21 Feb – Selepas diuji dengan pelbagai dugaan, pelakon jelita, Almy Nadia masih tabah dan memberi peluang kedua kepada pelakon Fizz Fairuz untuk memulakan hidup baru bersama.
"Ibu hairan kenapa saya terlalu taasub kepada Fizz sehingga beliau menggelarkan percintaan kami sebagai cinta mati.
"Saya pun tidak tahu apa istimewanya Fizz sehingga sukar menolak cintanya. Mungkin sebab Fizz boleh menerima anak angkat saya, Nur Afrina Darwisya. Ini kerana tidak semua lelaki yang cuba merapati dan boleh menerima Afrina seperti Fizz. Begitu juga dengan keluarganya," katanya kepada Berita Harian.
Tambah Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, mungkin ia adalah takdir atau jodohnya bersama Fizz.
"Mungkin inilah yang dinamakan takdir. Saya pun tak sangka begitu mudah hati ini memaafkan Fizz, walaupun tak saya nafikan hubungan kami agak tragis.
"Jika saya tidak kuat, mungkin hubungan kami tidak akan bertahan sampai ke tahap ini. barangkali saya sudah semakin matang, daripada marah lebih baiklah saya reda dengan apa yang berlaku kepada saya selama ini."
Sementara itu, Fizz Fairuz mendedahkan bahawa mereka telah bertunang pada Oktober tahun lalu dan bakal diijabkabulkan pada 30 Mei akan datang.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED